‘Yang aku takut bila aj4l tiba dulu…’ – Status Facebook Abdul Bari undang sebak netizen

KUALA TERENGGANU – Status mengenai kem atian yang dimuat naik Abdul Bari Asyraf Mohd mengundang tanda tanya.

Status itu dilihat berada di akaun Facebook pemuda berusia 31 tahun itu pada 14 November 2018 menimbulkan persoalan.

Status berkenaan mengundang simpati orang ramai dan kebanyakan netizen mendoakan supaya usaha mencari pemuda itu dipermudahkan.

Abdul Bari menulis “yang aku takut, jika ajal yang tiba dulu. #Soal jodoh, siapa kita rahsia ALLAH. #Cepat atau lambat jee” selepas berkongsi satu hantaran Facebook.

Abdul Bari yang berasal dari Kampung Panji, disini, dikhuatiri lem4s selepas gagal naik ke darat sebaik menyelamatkan empat mangsa di dalam kenderaan pacuan empat roda yang tenggelam di Pulau Warisan, malam tadi.

Selain Abdul Bari, empat lagi lelaki turut membantu menyelamatkan mangsa, namun, kesemua mereka berjaya berenang ke tebing sungai.

Ya Allah, permudahkan pencarian Abdul Bari…

SOLAT hajat bagi membantu usaha pencarian Abdul Bari Asyraf Mohd, 31, yang dikhuatiri lem4s di Sungai Terengganu dekat Pulau Warisan, Kuala Terengganu dilakukan di kawasan lapang pulau berkenaan, malam ini.

Hampir 200 orang termasuk ahli keluarga, sanak saudara dan rakan mangsa serta orang ramai melakukan solat berkenaan diimamkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed.

Solat hajat selepas solat Maghrib itu turut disertai Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Amzad Hashim; ADUN Ladang, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar; ADUN Wakaf Mempelam, Wan Sukairi Wan Abdullah dan ADUN Batu Buruk, Mohamad Khalil Abdul Hadi.

Ahmad Shah melahirkan rasa syukur dan terharu dengan kehadiran orang ramai yang turut menyertai solat berkenaan.

“Ini antara usaha bagi membantu pencarian mangsa selain usaha dilakukan pasukan penyelamat,” katanya.

Katanya, solat hajat bukan hanya dibuat di lokasi kejadian, tetapi ia turut diadakan di semua masjid dan surau di seluruh negeri ini.

“Saya mewakili kerajaan negeri meminta seluruh umat Islam di negeri ini mengadakan bacaan Yaasin sama ada secara sendirian di rumah atau beramai-ramai di surau dan masjid,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber : Hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*