Yak Yak Yea! Video Teaser 17 Puasa Dari Mamat Khalid Ini Bikin Peminat Tak Sabar!

Beberapa minggu lalu, pengarah dan pelakon Aziz M. Osman telah memuat naik gambar bersama pelakon asal 16 Puasa di Twitter.

Teruja dengan foto tersebut, maka ramailah peminat setia telefilem itu meluahkan rasa teruja.

Image result for yak yak yeah 17 puasa

Terbaru, pengarah dan sutradara Mamat Khalid pula memuat naik video teaser telefilem terbabit yang kini berjudul 17 Puasa.

Video berdurasi 49 saat itu menunjukkan beberapa pelakon sedang menunggu juadah ‘berbuka puasa’ seperti mana mereka lakukan pada 16 Puasa sebelum ini.

Antara yang kelihatan termasuk lah Aziz M.Osman, Mohd Sharwani Hamad Hadi, Ngasrizal Ngasri dan beberapa lagi pelakon lain.

 

VIDEO:

 

Seperti kebiasaan, ramai peminat yang tak sabar menanti buah tangan terbaru Mamat selepas menonton video terbabit.

Ini antara komen mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: SINOPSIS TELEFILEM 16 PUASA (REALITI MASYARAKAT SEKARANG)

Image result for yak yak yeah 17 puasa
Bagi yang masih samar-samar dengan slogan Yak Yak Yeah! ia adalah skrip daripada Filem 16 Puasa yang disiarkan pada Ramadhan pada tahun 2018 yang mana berkisarkan tentang enam golongan ‘senior’ di kampung tersebut yang ponteng puasa setiap kali berkunjung bulan Ramadhan.

Pelbagai cara dan tempat makan yang mereka singgah supaya kegiatan mereka ini tidak terbongkar dari ketua kampung tersebut yang bersungguh-sungguh ingin menghapuskan kegiatan ini.

Related image

Mampukah mereka mengelakkan diri daripada menjadi mayat hidup (naik van jenazah : sebagai hukuman tinggal puasa) ? Ataupun kegiatan licik ini akhirnya ditumpaskan ? Sama-sama saksikan.

Related image

Bagi peminat Mamat Khalid, filem ini tak lari jauh pun daripada konsep yang selalu beliau bawakan.Banyak unsur sarkastik, lawak menyindir tetapi padu dan of course memang pecah perut.Tengok barisan pelakon pun boleh agak.Nama seperti Sabri Yunus, Aziz M Osman dan Bell Ngasri tak perlu diperkenalkan lagi dah.Mereka ini yang menjadi penguat cerita ini.

Telefilem ini boleh diklasifikasikan sebagai filem umum.Semua lapisan umur boleh tengok telefilem ini.Content telefilem ini pun agak ringan dan santai tetapi dalam masa yang sama ingin sampaikan mesej yang besar kepada penonton.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber: Gempak / afifhelmi1999.blogspot

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *