“Ya Allah, Kaki Anakku” Setengah Jam Mencemaskan, Kaki Kanak-Kanak 6 Tahun Tersepit Eskalator

Tak dapat dibayangkan betapa cemasnya keadaan apabila anak kecil tersepit kaki di eskalator. Setengah jam pun mungkin dirasakan terlalu lama….

Dalam kejadian di sebuah pusat membeli belah di Seri Kembangan, kaki sebelah kanan seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun tersepit.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Selangor, dalam kejadian yang mencemaskan ini, sepasukan anggota dan sebuah jentera dikerahkan dari Balai Bomba dan Penyelamat Serdang ke lokasi kejadian di tingkat dua di pusat beli-belah tersebut.

KAKI KANAN TERSEPIT 

 

“Setibanya di lokasi, anggota mendapati bahawa kaki kanan mangsa tersepit di celah eskalator tersebut,” katanya.

 

SETENGAH JAM MENAHAN SAKIT

Beliau menambah, kanak-kanak lelaki berkenaan terpaksa menahan kesakitan selama setengah jam sementara menunggu kakinya dikeluarkan dengan selamat. Anggota bomba berjaya mengeluarkan kakinya dengan menggunakan peralatan khas.

Kanak-kanak yang cedera diserahkan kepada pasukan perubatan dari Hospital Serdang untuk diberikan rawatan lanjut. Sumber: Kosmo

Artikel berkaitan: Bahaya abai peraturan guna eskalator

Golongan ibu bapa antara yang banyak melakukan kesalahan ketika menaiki eskalator. Golongan ini tidak memegang tangan anak mereka ketika menaiki eskalator selain membiarkan anak mereka menaiki eskalator secara bersendirian.

Ada kanak-kanak terbabit bermain di eskalator, meletakkan kaki di besi penghadang dan duduk di eskalator yang sedang bergerak. Tidak kurang juga ibu bapa yang membawa kereta sorong bayi menaiki eskalator walaupun sudah jelas tertulis di papan arahan tidak boleh membawa kereta sorong menaiki eskalator.

Begitu juga dengan gelagat kanak-kanak bermain di hujung eskalator walaupun ibu bapanya berada berdekatan. Mereka seolah-olah tidak mempedulikan anak mereka bermain pemegang tangan eskalator walaupun hakikatnya ia boleh mengundang bahaya.

Golongan dewasa juga turut melakukan kesalahan dengan bersandar di tepi pemegang eskalator serta bergurau-senda ketika menaiki eskalator. Sebarang kelalaian walaupun kecil ketika menggunakan kemudahan ini sebenarnya mendedahkan pengguna kepada bahaya.

Satu kesimpulan jelas yang boleh dibuat adalah ramai pengguna sendiri yang mengabaikan aspek keselamatan ketika menggunakan eskalator. Papan tanda cara penggunaan eskalator seolah-olah tiada fungsi, sekadar menghiasi dan memenuhi ruang.

Justeru, kemalangan di eskalator, siapa yang harus dipersalahkan? Pihak pengurusan bangunan atau syarikat penyelenggaraan eskalator? Yang pasti, pengguna sendiri tidak harus dikecualikan daripada menjadi penyumbang atau faktor berlakunya kemalangan membabitkan kemudahan ini.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *