‘Ya Allah, beratnya dugaanmu Ainul Mardhiah…’

“DOAKAN semoga Ainul Mardhiah terus kuat untuk bertahan serta melawan kans3rnya,” kata Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, bapa kepada bayi perempuan berusia lapan bulan Ainul Mardhiah yang menghidap kans3r ‘Germ Cell Tumor’.

Ahmad Safiuddin berkata, dia dan isteri, Nurul Erwani Zaidi, 24, sentiasa mengharapkan anak sulung mereka itu sembuh.

Katanya, bayi itu dilahirkan ketika usia kandungan isterinya tujuh bulan dan Ainul Mardhiah lahir dengan keadaan sudah diserang kans3r berkenaan.

“Ainul Mardhiah yang dirawat di Hospital Melaka (HM) sebelum ini sudah stabil lalu dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di mulut ketika berusia 10 hari.

“Selepas menjalani pembedahan, dia seperti bayi lain mampu tersenyum dan kembali normal.

“Bagaimanapun pada Oktober tahun lalu, saya serta isteri dimaklumkan terdapat ketumbuhan baharu di bahagian leher anak dan kami tidak jangka keadaan menjadi sebegini,” katanya ketika ditemui di Ayer Molek, Melaka, hari ini.

Ahmad Safiuddin berkata, doktor menyarankan anaknya itu mengikuti kitaran kemoterapi Disember lalu, bagi mengelak ketumbuhan itu terus merebak.

Katanya, walaupun dua kali menjalani kemoterapi, keadaan anaknya tiada perubahan dan ketumbuhan di mulutnya terus membesar.

“Bayangkan dengan saiznya kecil dan berat kira-kira 1.2 kilogram, anak kecil itu terpaksa menjalani kemoterapi. Hanya Allah SWT sahaja tahu perasaan saya saat melihat dia menanggung kesakitan itu.

“Bukan mudah untuk kami hadapi semua ini dan tempoh tiga bulan pertama amat mencabar buat saya dan keluarga,” katanya.

AHMAD Sufiuddin dan Nurul Erwani bersama Ainul Mardhiah ketika ditemui di Ayer Molek, Melaka, hari ini. FOTO MUHAMMAD ZUHAIRI ZUBER.

Menurutnya, walaupun anaknya itu dalam keadaan sakit, pergerakannya tetap aktif selain berpaling dan memberi tindak balas setiap kali namanya dipanggil.

Katanya, selagi boleh berikhtiar, mereka akan cuba lakukan yang terbaik walaupun doktor ada memberitahu keputusan CT Scan mendapati ada sel kans3r baharu merebak ke otak.

“Selain itu, doktor memberitahu kans3r pada mulutnya itu tidak boleh dibuang.

“Kami kini mencuba perubatan alternatif dengan menggunakan ubat memerlukan perbelanjaan tinggi selain kos peralatan menukar tiub pada leher dan minum susu.

“Untuk bekalan ubatnya selama tiga hari, saya memerlukan kira-kira RM1,000 dan baru-baru ini pernah terputus bekalan selama dua minggu kerana kekangan kewangan.

“Kos kelengkapan menukar tiub pada leher dan susu pula memerlukan kira-kira RM1,500 sebulan dan saya cuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik anak dan kami ketika ini menjual bertih jagung ‘Pop Corn Ainul Mardhiah’ untuk mendapatkan pendapatan sampingan,”

Segala sumbangan boleh disalur terus ke akaun bapa Ainul Mardhiah.

Ahmad Safiuddin Bin Ahmad Razak
No akaun : 554110509928 Maybank
No phone : 012-2456220

Semoga dgn segala jasa baik yg kalian salurkan, hanya Allah yg dapat membalasnya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber: hmetro / facebook Nurul Amelia Amey

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *