Wenger dijangka ke AC Milan

ARSENE Wenger semakin hampir untuk kembali ke padang bersama AC Milan.

Laporan di Perancis mendakwa bekas pengendali Arsenal itu telah mengadakan perbincangan dengan kelab Itali itu sejak beberapa minggu lalu bagi menggantikan Gennaro Gattuso.

Milan memulakan musim ini agak perlahan dengan berada di kedudukan keempat Serie A, namun pihak pengurusan tertinggi mahukan sesuatu yang lebih baik selepas melabur sejumlah 130 juta pound bagi persiapan pasukan musim ini.

Related image

Menurut laporan France Football, pelabur dari Amerika Elliott Management Corporation yang kini merupakan pemilik AC Milan, Paul dan Gordon Singer berminat untuk mendapatkan Wenger dan sudah memulakan perbincangan.

Lebih menarik, dalam perbincangan tersebut Wenger dilaporkan akan mendapatkan kebebasan untuk mengawal bahagian perpindahan dan mungkin akan diumumkan sebagai bos baharu dalam tempoh terdekat ini.

Sekiranya menjadi kenyataan, Wenger bakal kembali bergandingan dengan Ivan Gazidis yang meninggalkan Arsenal Sepetmber lalu untuk menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Milan yang baharu.

Sepanjang menguruskan The Gunners, Wenger berjaya merekodkan tiga treofi Piala FA dalam tempoh sembilan tahun bersama Gazidis,54, biarpun dia menjadi watak utama menyuruh Wenger meletak jawatan Mei lalu.

Related image

Arsene Wenger tinggalkan Arsenal selepas 22 tahun

ARSENE Wenger membuat kejutan apabila membuat pengumuman akan meninggalkan Arsenal sebaik sahaja tamat musim ini.Selepas 22 tahun membimbing The Gunners, pengendali kelahiran Perancis yang tiba dari Nagoya Grampus Eight pada tahun 1996 itu membuat kenyataan beremosi untuk penyokong-penyokong setia kelab.Ia menyaksikan Wenger gagal membawa skuad menjujang trofi Liga Perdana sejak 2004.

Namun dia berjaya merangkul 10 trofi major sepanjang berada di London dan akan diingati sebagai salah seorang pengurus hebat selamanya.

“Selepas membuat penilaian teliti serta perbincangan dengan pihak kelab, saya rasakan sudah tima masa untuk meninggalkan kelab penghujung musim ini.

“Saya bersyukur kerana mendapat hak istimewa menguruskan kelab dengan pelbagai kenangan bertahun-tahun. Saya menguruskan kelab dengan penuh komintmen dan integriti.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua staf, pemain-pemain, pengarah dan semua penyokong yang menjadikan kelab ini intimewa.

“Saya berharap semua penyokong akan terus berada di belakang pasukan bagi mencapai kejayaan tertinggi.

“Untuk semua peminat Arsenal, jagalah nilai di kelab ini. Sayang dan sokongan saya selamanya,” ujar Wenger di laman rasmi kelab.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber: mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*