Wanita di sahkan hamil mahu sam4n budak penghantar kerana lewat hantar k0ndom ke rumahnya

Seorang wanita di China bertindak memfailka s4man terhadap budak penghantar kerana mendakwa dia lewat menghantar k0ndom yang dipesan, menyebabkan dia ham1l.

KITAsentiasa dinasihatkan supaya berhati-hati apabila melakukan hubungan s3ks kerana ia membantu mengurangkan risiko penyakit kelamiin selain mencegah keham1lan.

Tetapi bagaimana jika anda mahukan perlindungan ketika bersama pasangan, tetapi tidak mempunyai k0ndom?

Seorang wanita dari Xuzhou, wilayah Jiangsu, China memesan k0ndom dari platform khidmat penghantaran apabila menyedari bahawa k0ndom yang hendak digunakannya tidak ada dalam simpanan ketika dia mahu melakukan hubungan s3ks.

Hanya dikenali sebagai Su, wanita itu sedang menonton filem dengan teman lelakinya bulan lalu dan membiarkan saja lelaki itu bermalam di rumahnya kerana hari sudah lewat malam.

Bagaimanapun, ketika hendak tidur mereka mahu melakukan hubungan s3ks.

Menyedari kondom tiada di rumahnya, Su memesannya melalui khidmat penghantaran dan mengarahkan supaya kondom yang dipesan dihantar terus ke rumahnya.

Aplikasi itu menunjukkan pesanan mengambil masa 20 minit untuk tiba, jadi dia memutuskan untuk mandi dulu.

Tetapi apabila keluar dari bilik mandi, aplikasi itu menyatakan bahawa pesanan itu ditangguhkan penghantarannya kerana keadaan cuaca.

Ketika itu, menurut laporan China Press, Su dan pasangannya tidak dapat bersabar lagi, jadi mereka terus melakukan hubungan s3ks tanpa k0ndom.

Source: China Press

Apabila budak penghantar menghantar k0ndom ke rumahnya, ia sudah terlewat 28 minit dari masa penghantaran sepatutnya.

Isu penghantaran lewat timbul sebulan kemudian apabila Su mengetahui bahawa dia mengandvng.

Dia teringat kembali bahawa dia hanya sekali melakukan s3ks tanpa perlindungan bulan lepas.

Akibatnya, dia memfailkan s4man 30,000 yuan (kira-kira RM17,600) untuk menampung perbelanjaan kerja, kos pemakanan dan perbelanjaan perubatan.

Tetapi budak penghantar itu enggan membayar apa-apa atas alasan dia ‘tidak mahu berurusan dengannya’.

Kredit: mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *