Wan Maimunah Menyangka Dia Dijemput Ke Progam All Star Buka Panggung Untuk Untuk Memenuhi Slot Program Namun Sesuatu Telah Berlaku..

Pelakon senior berbakat, Wan Maimunah akui tidak menyangka dia akan menerima sumbangan ketika menghadiri program All Stars Buka Panggung (ASBP) minggu kedua yang berlangsung malam Jumaat lalu.

Menurut Maimunah, dia menyangka jemputan itu adalah untuk mengajaknya menyertai segmen di atas pentas, namun sebenarnya dia telah dipilih untuk menerima sumbangan.

“Terus terang saya katakan, saya tak tahu saya dipilih untuk menerima sumbangan.

“Saya tidak dimaklumkan mengenai perkara itu, jadi saya ingat saya harus menyertai salah satu segmen di atas pentas, rupa-rupanya saya dipanggil untuk menerima sumbangan di penghujung program,” kata Maimunah kepada Gempak.

Pelakon yang sinonim dengan watak sedih ini berkata demikian ketika ditemui di sidang media yang diadakan sejurus selepas tamatnya ASBP bertempat di Royal Theatre Shah Alam pada Jumaat.

Dalam pada itu, Maimunah turut mengucapkan terima kasih kepada pihak Astro atas peluang tersebut.

“Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Astro kerana sudi memberi sumbangan ini, saya benar-benar terharu,” tambahnya.

Sumbangan yang diterima itu adalah sebanyak RM4,000 hasil kemenangan Datuk Rosyam Nor yang memenangi tempat pertama malam itu.

Setiap minggu, dengan kerjasama Persatuan Seniman Negara, ASBP akan menyalurkan sumbangan sebanyak RM4,000 yang dimenangi oleh juara mingguan kepada pelakon yang banyak berbakti dalam industri hiburan tempatan.

ASBP minggu kedua turut menyaksikan persembahan dari Datin Diana Danielle yang memenangi tempat kedua, Fizo Omar di tempat ketiga, serta Farahdhiya yang memenangi tempat keempat.

Rosyam bakal berentap dengan Datuk Aaron Aziz yang telah memenangi tempat pertama minggu lalu, serta juara pada minggu-minggu seterusnya.

Kesemua juara akan berentap di peringkat suku akhir yang akan diadakan pada minggu keenam nanti.

ASBP merupakan rancangan yang menguji dan mencabar pelakon untuk beraksi dalam babak komedi pentas secara spontan tanpa bantuan skrip.  

Program ini menampilkan pelawak daripada kumpulan Shiro iaitu Ajak dan Shahrol sebagai pengacara.
ASBP disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand. 

https://youtu.be/Ue6n8QBZFOc

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *