Wan Kuzain Cipta Sejarah Dengan Menjaringkan Gol Pertama Di MLS

Wan Kuzain Wan Kamal menempa sejarah lagi apabila menjaringkan gol dalm penampilan keduanya bersama Sporting Kansas City yang bermain di Major League Soccer(MLS) Western Conference atau persidangan barat.

Sporting Kansas City mengaum riuh ke puncak Liga Bahagian barat apabila mencatat kemenangan bergaya 4-1 ke atas Minnesota United FC pada Ahad malam di sold-out Children’s Mercy Park.

Mungkin sudah takdir dan rezeki Wan Kuzain untuk menyinar dan gemilang sebagai pemain bola sepak profesional. Berlaku ‘plot twist’ dalam perlawanan ini.

Pada minit ke-18, Croizet terpaksa keluar kerana kecederaan dan Wan Kuzain yang melakukan debut 3 minit dalam perlawanan 7 hari lepas masuk sebagai pengganti dan Kuzain membuat penampilan kedua.

Wan Kuzain nyata tidak mensia-siakan peluang kerana dapat lebih masa bermain apabila turut mencetak nama sebagai penjaring gol dalam kemenangan 4-1 itu.

Jaringan Wan Kuzain merupakan gol pertama dalam kariernya bersama Sporting Kansas City menjadikannya sebagai pemain kedua termuda menjaringkan gol dalam perlawanan MLS pada usia 19 tahun dan 262 hari.

Penurus Sporting KC, Peter Vermes berkata :

“Seperti aku beritahu minggu lepas, kami lihat pontesi dalam budak ni. Apa yang membanggakan aku, setahun lepas aku dengan Cliff Illig dan Michael Illig berbicara mengenai jalan dan permulaan Kuzain sebagai pemain pro di kelab ini.”

“Kuzain pemain akademi kami yang diikat kontrak untuk Swope Park Rangers. Kuzaim berkembang dengan sangat laju dan kami fikir berbaloi tawarkan kontrak untuk skuad utama.”

“Di silah Kuzain sekarang, membuat dua penampilan berturut-turut. Beliau bukan saja dapat minit beraksi tetapi menjaringkan gol.”

“Beliau mempunyai keyakinan dan kemampuan bermain walaupun pada umur 19 tahun. Mungkin ini masa untuk Kuzain menyinar.”

Wan Kuzain menjaringkan gol kedua Sporting KC pada separuh masa pertama melalui satu rembatan padu. Kuzain masih mampu melepaskan rembatan walaupun dalam posisi badan yang kurang stabil.

Sporting Kansas City: Tim Melia; Graham Zusi, Ike Opara, Matt Besler (C), Seth Sinovic (Jaylin Lindsey 60); Roger Espinoza, Ilie, Yohan Croizet (Kuzain 18); Cristian Lobato (Diego Rubio 78), Daniel Salloi, Gerso Fernandes

Subs Not Used: Eric Dick, Emiliano Amor, Gianluca Busio, Kharlton Belmar

Minnesota United FC: Bobby Shuttleworth; Tyrone Mears, Michael Boxall (C), Brent Kallman, Eric Miller; Rasmus Schuller, Ibson, Miguel Ibarra, Darwin Quintero (Frantz Pangop 75), Alexi Gomez (Maximiniano 46); Christian Ramirez (Abu Danladi 68)

Subs Not Used: Matt Lampson, Wyatt Omsberg, Carter Manley, Collin Martin

Susur Galur Karier Wan Kuzain di Amerika Syarikat

Ogoa 2016 – Sertai Sporting KC Academy.

18 Ogos 2016 – Mengikat kontrak dengan Swope Park Rangers sebagai pemain akademi.

11 Julai 2017 – Tandatangan kontrak professional USL dengan Swope Park Rangers

13 April 2018 – Tandatangan kontrak MLS sebagai pemain homegrown bersama Sporting Kansas City.

27 Mei 2018 – Melakukan debut di Sporting KC dan MLS

 

Wan Kuzain Bersedia Wakili Malaysia Jika Dipanggil

Pada hujung tahun 2017 Wan Kuzain telah bercuti di Malaysia dan menyatakan minat untuk mewakili Malaysia tetapi tidak bagi bapanya.

Wan Kuzain Wan Kamal yang berusia 19 tahun yang pertama kali menjejakkan kaki ke Malaysia berkata beliau bersikap terbuka untuk menerima panggilan mewakili skuad senior atau remaja Malaysia jika diberi tawaran.

Perasaannya kepada Malaysia masih menebal kerana darah yang mengalir dari kedua ibu bapanya yang sememangnya anak jati Malaysia. Faktor ini membuatkan Wan Kuzain tidak berdepan masalah untuk mewakili Malaysia jika ada panggilan.

“Apabila tiba masanya untuk membuat keputusan, saya akan memikirkannya masak-masak dengan mengambil kira faktor masa, usaha, keluarga dan rakan-rakan. Ini pasti bukan keputusan mudah untuk dibuat.”

Hajat Wan Kuzain untuk beraksi bersama Kelab Belanda, Feyenoord sebelum tidak kesampaian namun Wan Kuzain masih memasang impian untuk bermain di Eropah pada masa depan.

“Biasanya pemain muda sentiasa berimpian untuk bermain di Eropah samada bersama Arsenal, Barcelona atau Paris Saint-Germain (PSG).”

“Ini semua memerlukan usaha, kegigihan serta kerja keras. Apabila sampai masa dan saya sudah bersedia saya akan berhijrah.”

“Sasaran saya adalah untuk bermain di Champions League dan buat masa ini saya akan fokus kepada kelab sekarang untuk berada dalam pasukan utama.”

Sebelum ini bapa Wan Kuzain Ketika ditanya kemungkinan Wan Kuzain akan bermain di Liga Malaysia, Dr Wan Kamal berkata ini tidak mungkin akan berlaku dan Wan Kuzain tidak akan bermain di Liga Malaysia.

“Dia tidak akan bermain untuk mana-mana kelab di Malaysia memandangkan dia adalah seorang pemain profesional. Lagipun Liga Malaysia adalah semi profesional,” katanya.

Bapanya juga menjelaskan sukar bagi Wan Kuzain untuk bermain mewakili Malaysia. Tetapi kini Wan Kuzain sudah menyatakan kesediaannya.

“Saya sudah tinggal di Amerika Syarikat hampir 25 tahun. Jadi saya fikir kami akan terus menetap di sini. Lagipun kesemua anak saya lahir di sini, jadi mereka merupakan warganegara AS.

“Jadi mungkin sukar bagi Kuzain untuk bermain mewakili Malaysia,” katanya.

Wan kuzain yang berusia 19 tahun menyertai Swope Park Rangers pada awal tahun ini dan pada 26 Mac 2017, Wan Kuzain telah membuat debut sebagai pemain profesional dalam Liga Soccer United (USL).

 

Sumber: Twitter Sporting KC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *