‘Walaupun dah 90 tahun.. Atok masih perlu bekerja memulihkan negara mungkin disebabkan kesalahan atok dulu…’

Viral di laman sosial twitter sebuah video pendek Tun Mahathir yang agak menarik dan menyentuh hati netizen apabila Tun Mahathir sedang bercakap dengan 2 orang cucunya . Didalam video tersebut Tun Mahathir berbual dengan cucunya tentang kemerdekaan dan menerangkan kepada cucunya beberapa perihal masalah yang ada dalam Malaysia.

Mahathir turut menjelaskan kepada cucunya bahawa beliau hanya ingin memperbaiki negara Malaysia yang mungkin kininya telah rosak angkara kesilapannya masalalu mentadbir negara Malaysia. Diiringan dengan musik yang sedih dari Seniman Sudirman, video tersebut sungguh menyentuh hati .

“Atok dah tua.. umur dah 90 tahun lebih
…jadi masa tak banyak…
Tetapi setakat yg boleh, atok akan berusaha… sedaya upaya berkerjasama dengan kawan-kawan untuk pulih semula, negara kita Malaysia…”

Itulah antara kata kata Tun Mahathir didalam video tersebut yang membuatkan netizen agak tertarik dengan video tersebut. Selain itu netizen juga bersyukur dan menyokong Mahathir yang mengaku akan kesilapannya dimasa lampau yang menyebabkan Malaysia terjurus kearah yang tidak seberapa baik dan menyokong tindakan bekas Perdana Menteri Malaysia tersebut.

Netizen juga berpendapat bahawa Mahathir telahpun mempunyai anak anak billionaire dan tiada sebab untuk beliau masih berjuang demi anaknya malah , beliau sudahpun berumur 90 tahun dan beliau semestinya sedar dengan usia beliau yang agak terlalu lama di bidang politik dan pemerintahan Malaysia. Netizen menganggap kali ini adalah usaha Mahathir untuk memperbaiki kesilapannya dimasa lalu.

Apa pendapat anda?

Kredit: Alert TV

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*