Walaupon Dalam Keadaan Tangan Bengkak Dan Kaki Pecah-Pecah Akibat Dari Sejenis Penyakit Yang Tidak Diketahui, Bapa Ini Tanpa Jemu Terus Berusaha Mencari Kerja Demi Menyara Keluarga Tapi…

Kehidupannya tidak seperti insan-insan lain yang mampu hidup dengan selesa, tetapi itu tidak dijadikannya sebagai alasan untuk lelaki ini menagih simpati dari orang ramai. Erti susah juga tidak membuatkan pendidikan anak-anaknya terabai. Penyakit kulit yang dihidapinya membuatkan dia tidak diterima bekerja di mana-mana tempat.

Difahamkan, lelaki ini hanya mencari kotak-kotak dan barangan lusuh untuk menampung keperluan hidup. Kisahnya viral di media sosial selepas dikongsikan oleh wanita yang prihatin dengan nasib lelaki ini dan meminta insan-insan yang prihatin sepertinya tampil membantu mereka sekeluarga.

Ikuti kisah yang dikongsi di laman facebook milik Facebook Hayati Husni

Image may contain: one or more people, people standing and outdoor

 

TADI keluar ke bandar Dungun, Terengganu, ternampak saudara ni berjalan dengan sangat lemah diikuti seorang budak lelaki. Budak tu kelihatan happy je cuma saudara tu memang lemah sangat cara berjalannya.

Bulan lepas dah nampak mereka ni kat kawasan ini. Ingat nak kejar mereka nak bagi sikit duit, tapi duit kat tangan ada RM50 saja nak buat beli sabun kat Watson. So saya pergi shopping dulu dan selepas itu keluar, saya jalan ikut arah mereka berjalan tadi sampai ke 7 Eleven tapi tak jumpa. Takde rezeki nak bantu mereka.

Pusing balik semula ke Watson tempat di mana kereta ditinggalkan. Kami lalu jalan lain, manalah tahu kalau dapat berjumpa dengan mereka lagi, tetapi tetap tak jumpa. Rasa ralat juga tak berhenti awal-awal tadi dan minta mereka tunggu.

Masuk kereta kami nak balik, Alhamdulillah ternampak mereka dekat Happy Home. Saya terus memberhentikan kereta dan bertanya.

 

Katy: Abang, abang sakit ke?

Saudara: Ya, sakit badang. (kulit)

Katy: Abang minta duit ke?

Saudaara: Ya kak, takde orang nak bagi kerja. Tangan semua bengkak-bengkak, kaki pun pecah-pecah. Sakit keturunan kak. Saya kena masa umur 17 tahun.

Katy: Anak ni mak dia ada lagi tak?

Saudara: Ada, kat rumah jaga anak kecil.

Katy: Abang ada berapa orang anak?

Saudara: 4 orang

Katy: Bila abang nak balik?

Saudara: Bila dapat duit cukup kami balik.

Katy: Adik ni sekolah tak?

Saudara: Sekolah, tak boleh tak sekolah.

Katy: Baguslah bang, kena sekolah. Insha Allah nanti abang doa banyak-banyak semoga Allah sembuhkan abang dan tak bagi kena kat anak-anak. Boleh saya minta izin ambil gambar abang dan anak-anak. Nanti saya bagitahu kawan-kawan saya.

Saudara: Boleh

Katy: Abang ada nombor akaun?

Saudara: Takde, isteri je ada. Tapi tak ingat.

Image may contain: one or more people

Kalau anda terserempak dengan abang ini, dia tidak meminta-minta. Dia hanya berjalan-jalan dengan anaknya. Jadi, nak kata dia meminta sedekah itu, saya tak pernah nampak.

Saya kongsi kisah ini di sini untuk memohon kawan-kawan yang ternampak mereka dua beranak jalan-jalan kat Sura Gate, berilah sumbangan ikhlas untuk mereka. Bukan abang itu tak nak kerja, kalau dia nak kerja pun siapa yang nak ambil dia kerja dengan keadaan seperti itu?

Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat abang ini dan keluarga, semoga asbab berkat Al-Fatihah dari anda semoga Allah sembuhkan sakit beliau dan lindungi anak-anaknya dari terkena penyakit yang sama.

Saya tutup muka mereka kerana percaya dari susuk badan mereka anda dah boleh mengenali mereka sekiranya anda ternampak mereka di mana-mana.

 

Antara komen-komen yang diterima cukup positif…

Mohd Mustaza Orang kg kemudi..sebeloh pdg pulut….saing ambe!!!!! Allahuakbar…Mat Yie!!! Terima kasih pada tukang post…saing2 pakat duduk luor belaka doh…..ni baru tahu…gerakan bantuan kami bermula doh….Allahuakbar…saing lama ni…konvoi rxz dari KL balik kg dulu2 tahun 90 an…..insyaAllah Yie…hari ni PokRa Mung sampai

Shikin Ahmad Allahuakbar.. Saat aku rasa aku dah terlalu sukar menempuh pelbagai ujian dalam hidup ini.. Allah hadir kan kesedaran.. Keinsafan betapa aku tidak bersyukur dgn segala nikmat Allah swt.. Semoga Allah sembuh kan sakit saudara ini.. Kembali kan kekuatan dirinya dan permudahkan segala urusan ahli keluarganya

Malina Mohamad Penyakit badang mcmni kene jaga pantang x blh mkn sesuka hati….ikan selor sj yg blh mkn…budu belacan daging seafood kena haram terus dr mkn…kena berbekam…lpstu ubat dkt klinik awana ade….sebiji rm 20 sebiji fucol tak silap saya ubattu….sayepun kena penyakit badang mcmtu jgk tp x seteruk abgtu….satu lg cara sy buat… rendam dlm air panas suam bercampur daun sireh…sekarang nmpk oklh sikit

Nizam Skoda Burger dia nie duduk padang pulut,anok ade 4 org,3 sekoloh 1 setahun lebih,alhamdulilah bulan puasa tahun lepas dpt jugak tulong

 

Admin menyeru kita sebagai umat Islam, selayaknya kita sama-sama membantu saudara kita yang berasa di dalam kesulitan. Semoga kita semunya dilindungi dalam rahmat olehNYA. Amin..

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber : Facebook Hayati Husni

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*