Viral Gadis Dihempap Buai Kayu, Exco T’ganu Minta Pihak Berkuasa Tempatan Periksa dan Pantau

Video seorang gadis ditimpa kayu ketika menaiki buaian di sebuah pantai di Terengganu semalam menjadi viral sehingga mendapat lebih 7k shares. Di dalam video tersebut, dia dilihat beberapa kali menghayun sebelum dihempap tiang kayu.

Berikutan itu, Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Terengganu, Ariffin Deraman meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) memeriksa kesemua buaian kayu yang diletakkan di kawasan pantai.

Viral di media sosial

Pihak berkuasa tempatan diminta periksa buaian kayu

Menerusi laporan Sinar Harian, Ariffin Deraman berkata demi keselamatan pengguna pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta memeriksa kesemua buaian kayu yang diletakkan di kawasan pantai.

Kita akan minta PBT periksa dan pantau supaya kesemua kemudahan itu terjamin dan selamat digunakan oleh orang ramai terutama kanak-kanak.

Kita harap kejadian ini dipandang serius semua pihak dan pemantauan berterusan dilakukan supaya kejadian sama tidak berulang.

Mengenai video yang viral di media sosial pula, beliau dimaklumkan mangsa tidak cedera dan memberitahu sebenarnya buaian dikhaskan untuk kanak-kanak dibawah pengawasan orang dewasa.

Memang video itu tulen dan pengguna berkongsi kejadian yang dirakam secara tidak sengaja dengan sebahagian tiang buaian itu dilihat menimpa kepalanya. Sebenarnya, buaian ini dikhaskan untuk kanak-kanak di bawah pengawasan dewasa.

Bagi dewasa yang lebih-lebih lagi mempunyai berat badan yang tinggi tidak disarankan untuk menggunakan buaian ini. Jadi, selepas ini, kita juga akan letakkan papan tanda had usia pada buaian itu supaya semua sentiasa berwaspada.

Di laman Facebook Gabungan Anak Terengganu (Original), seorang pengguna telah memuatnaik video menunjukkan buaian lama telah diroboh demi tujuan keselamatan.

Sumber

Tips: 5 Jenis Buaian Taman daripada Barang sedia ada

Tak perlu modal besar pun untuk memasang buaian di sekitar rumah anda, apatah lagi kalau ada pohon besar di halaman, itu adalah satu bonus! Cari tali dan tempat untuk duduk sudah cukup.

Tayar recycle
tyres-swings-1

Berkisah tentang buaian sememangnya membawa memory memintas terowong masa, pulang ke zaman dahulu kala. Generasi tahun 90-an dan para senior yang lahir sebelumnya serta membesar di kampung rasanya ramai akan bersetuju, one of our earliest memory is seeing our father  and our brother hanging a big tyre with a rope to the big tree for us to sit and swing. Perasaan sangat seronok masih segar berbekas di hati. Berikan keseronokan itu kepada anak kita untuk mengalaminya pula.

types-swings

Selain tayar, ada juga yang jadikan pelampung sebagai buai. Tapi kini di pasaran terdapat jenis buaian pelampung khas yang berbentuk belon dipanggil buoy ball swing.

buoy-swing

Jaring
White Mesh Hammock At The Edge Of Pewaukee Lake, Pewaukee, Wisconsin

Bukan benda aneh kalau melawat perkampungan nelayan, pukat menjadi buaian mereka. It shows how close their soul to the sea! Recycle jaring untuk jimat. Tidak perlu bimbang kerana talinya memang diperbuat kukuh dan lasak.

Tapi kalau sudah duduk di tengah Kuala Lumpur, tak perlulah berusaha ke Kuala Terengganu semata mata untuk mecari pukat buat buaian. Beli jaring khusus untuk buaian yang dipanggil meshy hammock. Lebih selamat untuk keluarga anda berehat.

meshy-hammock-1

Buaian kain
fabrics-swing-1

Buaian kain yang dimaksudkan disini bukan buaian kain batik atau pelikat ibu ayah yang digantung untuk dodoikan bayi tapi buaian daripada fabrik yang lebih kukuh untuk dijadikan buaian orang dewasa. Pilih jenis fabrik yang tidak panas dan kasar apabila bergeseran dengan kulit. Contohnya 100% cotton atau campuran cotton dan poly.

fabrics-swing

Kayu dan buluh
wood-string

Di Malaysia, kayu berkualiti dan buluh mudah diperoleh menjadikan dua bahan ini popular dalam pembuatan buaian. Sama ada menghasilkannya sendiri atau membeli rekaan pasang siap, kedua duanya membawa rasa kedesaan ke dalam taman kita.

wood-swing-1

Buaian Besi
wrought-iron-swing

Buaian besi popular sejak lama dahulu lagi. Wrough iron  swing terkenal dengan ketahanannya melalui perubahan cuaca. Tidak hairan kalau masih ada buaian besi di rumah ibu bapa anda yang menjangkau usia puluhan tahun ditambah dengan penjagaan yang baik.

wrought-iron-swing-white

Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*