[VIDEO] Lagu Sumandak Sabah Buat Orang Sabah Bangga!

Kolaborasi yang menjadi! Siapa sangka ‘comeback’ Velvet Aduk dalam single terbarunya bersama Marsha Milan Londoh menerusi Sumandak Sabah benar-benar membuahkan hasil.Malah di dalam video itu turut menampilkan pengacara Daphne Iking. Lagu yang menceritakan mengenai wanita di negeri Bawah Bayu itu kini tular di media sosial.

Orang Sabah Bangga Dengan Sumandak Sabah

Lebih manis, selain Daphne kedua-dua bekas pelajar Akademi Fantasia ini juga merupakan anak jati Sabah. Lagu ini telah yang dhasilkan oleh Rich, vokalis kumpulan Estranged yang juga suami kepada Velvet. Manakala lirik pula telah ditulis sendiri oleh Marsha dan Velvet. Sejak memuat naik beberapa ‘teaser’ lagu itu di media sosial ternyata ramai yang menyukainya.

BACA  Alicia Amin Alami Tekanan Jiwa Dalam Muzik Video Terbaru Velvet Aduk

 

Apatah lagi bila video muzik lagu ini telah dimuatnaik di YouTube, rata-rata peminat apatah lagi mereka yang berasal dari Sabah berbangga dengan lagu ini.

Trending Di YouTube

Sejak dimuat naik pada 17 Mei lalu, video Sumandak Sabah ini telah mendapat tontonan lebih dari 300 ribu dan turut menduduki tangga ke 48 trending di YouTube. Kami percaya, kedudukan ini bakal berubah dan semakin tinggi mmandangkan video ini baru sahaja dimuat naik. Sabah OK Bah!

Kredit: Hangat.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *