[Video] ‘Kau samseng mana?!’

Viral di media sosial sejak semalam video seorang anggota polis memukul seorang remaja lelaki yang dipercayai berlaku di Putrajaya.

Video berdurasi 45 saat itu menunjukkan, anggota polis berpakaian seragam dipercayai dari Unit Kereta Peronda (MPV) mengarahkan remaja itu bangun sebelum ditampar, disepak dan ditarik rambutnya.

“Kau samseng mana?! Kau samseng mana?!” demikian kata anggota terbabit dalam video viral itu.

Remaja terbabit berulang kali meminta maaf namun anggota itu terus memukulnya.

Lapor Harian Metro, jurucakap polis mengesahkan ada menerima laporan mengenai kejadian itu, tetapi tidak mahu mengulas lanjut.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber: thereporter

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*