[VIDEO] David Beckham Kena ‘Prank’ Teruk Gara-gara Tugu Tak Sama Wajahnya

STADIUM LA Galaxy akan mempamerkan tugu David Beckham bagi menghargai legasi pemain popular itu.

Beckham bagaimanapun kelihatan berang dan tidak berpuas hati sewaktu dipertontonkan hasil kerja berkenaan tanpa menyedari ia adalah tugu palsu sahaja.

Video tersebut merupakan prank yang diterbitkan menerusi rancangan The Late Late Show, kendalian pengacara popular James Cordon.

Menerusi video itu, Beckham ternyata tidak berpuas hati dengan tugu yang dihasilkan berdasarkan wajahnya.

Selain kelihatan tidak sama dan hodoh, Beckham juga terpaksa melayan kerenah beberapa individu yang berlakon sebagai peminatnya, menerusi prank itu.

“Ini berlainan dengan tugu yang syaa lihat di Chicago. Kenapa dagu makin panjang?

“Langsung tak sama dengan saya. Tengok matanya. Rambut je yang elok. Macam mana boleh jadi begini?

“Nasib baik isteri dan ibu bapa saya sahaja yang akan datang tengok. Kalau anak-anak saya datang dan tengok tugu ni, mereka akan menangis” ujar Beckham tanpa menyedari ia hanyalah prank semata-mata.

Berang dengan penghasilan tugu tidak berkualiti itu, Beckham juga mempersoalkan jika ia benar-benar akan dipamerkan di Stadium LA Galaxy kelak.

Dia bagaimanapun menyedari ia sekadar prank apabila Cordon memasuki set tersebut.

Pelawak James Corden nampaknya mempunyai idea hebat bagi menghargai pencapaian hebat rakan beliau ini. James telah merancang satu majlis palsu bagi merasmikan ‘patung’ David Beckham yang memang tidak langsung seiras David Beckham.

Jenaka tambahan yang dibuat termasuklah bercakap tentang karier hebat David Beckham di ‘Manchester City’, highlight ‘buruk’ beliau ketika di LA Galaxy dan banyak lagi. Walaupun begitu, David Beckham dilihat tenang sahaja dan tidak langsung marah. Steady David Beckham! Dan ini memang satu prank yang lucu dan bijak.

 

TONTON VIDEO:

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber: – Mirror. / Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*