[VIDEO] Cik B Menangis Tak nak PA Tapi Dato’ Seri Vida berkeras juga sebab..

Dato Vida merupakan seorang usahawan dan jutawan wanita dengan syarikatnya, Vida Beauty Sdn Bhd yang mempunyai ratusan pekerja.

Pernah menaja program tv seperti Gegar Vaganza, Mentor Milenia TV3, Anugerah Juara Lagu (AJL29). Penajaan pada AJL29 mencecah RM3 juta manakala GegarVaganza pula hampir RM2 juta.

Hebat sungguh skill marketing beliau! Slogan dan tagline produknya yang terkenal iaitu – qu puteh, qu puteh, barulah putih! (sambil menyentuh pipi dengan jari yang digayakan)

Dato Vida juga pernah menjadi ibu tunggal selama bertahun-tahun dan membesarkan anak secara berseorangan sebelum berkahwin semula dan bercerai semula.

Baru-baru ini DSV ada memuatnaik video mengenai anak perempuannya, Cik B. Klip tersebut menunjukkan DSV cuba memujuk anak kesayangannya itu supaya menerima seorang PA atau personal assistant untuk mengurus jadual hariannya.Namun, Cik B menolak pelawaan ibunya dan berkeras tidak mahu mempunyai pembantu peribadi.

VIDEO :

DSV menyatakan akan berusaha memujuk anak perempuannya itu untuk menerima seorang pembantu peribadi dan menawarkan jawatan tersebut di laman Instagram dan mendapat pelbagai respon dari netizen.

Ehh comelnya Cik B nangis

Untunglah Cik B ada PA

Perlukan guru yang penyayang

Sumber : Instagram DSV via BeritaSteady

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*