(Video) Budak Lelaki Hilang Di Tengah Hutan Selama 3 Hari Ditemui Semula Selepas Azan Dilaungkan, Dan Ketika Hendak Di Balut, Tuala Itu Seakan-akan Terapung Seketika

Kanak-kanak ini di jumpai setelah hilang selama 3 hari 2 malam di dalam hutan tebal. Di khabarkan sebelum kejadian hilang ini dia mengikut bapanya pergi menoreh getah, namun di dapati hilang oleh bapanya.

Bayangkan budak sekecil ini di dalam hutan selama 3 hari 2 malam sungguh luar akal.. bagaimana dia di dalam hutan dan macam mana dia boleh selamat dan di jumpai, hanya Allah Ta’ala saja yang mengetahui.

 

Kejadian ini dipercaya berlaku pada tahun 2015 

Satu rakaman video yang memaparkan penemuan semula seorang kanak-kanak lelaki yang didapati hilang di dalam hutan selepas laungan azan berkumandang di tengah hutan tular di media sosial.

Melalui paparan video yang dirakamkan berdurasi lebih dari tiga minit itu menunjukkan beberapa orang yang dipercayai penduduk kampung yang sedang mencari kanak-kanak terbabit. Walau bagaimanapun tiada kenyataan yang menyatakan di manakah dan bilakah kejadian itu berlaku, namun melalui bahasa perbualan rakaman berkenaan dipercayai dari Thailand.

Rakaman itu juga memaparkan bagaimana seorang lelaki yang berbaju putih terlebih dahulu melaungkan azan di hutan itu sebelum kanak-kanak yang didakwa hilang muncul secara tiba-tiba dari celah-celah belukar berhampirannya selepas beberapa saat azan berkumandang.

Kanak-kanak itu kelihatan bersahaja selepas lelaki berbaju putih mendapatkannya malah dia seperti mendiamkan diri tanpa berkata apa-apa dan tiada suara tangisan darinya sambil melihat ke arah orang-orang yang berada berdekatannya.

Kemudiannya, kanak-kanak tersebut telah dibawa keluar dari hutan tempat di mana dia ditemui dan melalui rakaman itu juga turut kedengaran suara beberapa orang yang sedang menangis kerana bertemu semula dengan kanak-kanak terbabit yang dipercayai telah hilang selama 3 hari di dalam hutan.

Menurut sumber, kanak-kanak terbabit didapati hilang kerana telah diculik oleh sejenis makhluk halus yang dipercayai hantu wanita.  Wallahu’alam bisshawab

 

Dan ini pula kisah seorang lelaki yang hilang di Bukit Broga selama 6hari dan ditemui dengan selamat

Kecoh satu Malaysia dengan berita pasal Mohd Azarul Mukhriz yang hilang & sesat di bukit broga selama 6 hari & di temui semula di tempat yang sama dia di kesan hilang pada hari 7. Benda2 macam ni memang menjadi persoalan apa yang berlaku selama 6 hari dia bersendirian dalam hutan tanpa bekalan makanan & peralatan yang cukup? Di jumpai dalam keadaan yang tiada sebarang kecederaan atau pengsan ke hapa.. Malah masih bernyawa & mampu berjalan tu kira memang menakjubkan jugak. Dia mampu survive selama 6 hari.. Apa yang berlaku sebenarnya?

Related image

Ni kira sumber2 tak sahih sangat la aku baca.. Just kita baca sebagai hiburan macam tengok filem seram David Teo je la yer..Nak kata rekaan semata mata pun kang jadi tuduhan tak berasas. Tapi tu la… sejauh mana kebenarannya, Aku sendiri tak tahu. Supaya tak jadi pertikaian maka aku mention siap siap kat sini. Almaklum la aku ni memang minat dengan cerita2 berkaitan alam ghaib ni.. Even macam tu aku tak obses sangat. Apa yang aku rasa mengarut aku just baca sebagai hiburan semata mata.

Menurut cerita yang aku baca la kan.. Cerita ni konon di ceritkan balik Azarul kepada seorang hamba Allah yang duduk di wad dengan dia.. Masa dia mula nak mendaki bukit broga tu dia nampak ada kelibat seorang budak kecik yang dok bagi petunjuk jalan sampai la dia tersesat. Katanya sepanjang dia hilang dia di jaga oleh penduduk yang majoriti warna pakaian mereka semua putih. Seperti yang di gambarkan dalam cerita2 pasal bunian ni.. Kita boleh agak mungkin dia maksudkan orang bunian walaupun bunian bukan spesis orang (manusia). Orang bunian ni bukan manusia dari alam ghaib ok! Dia spesis Jin jugak.. Aku pernah baca katanya bunian adalah dari spesis Jin Islam. Jangan tak tau jin pun ada macam2 bangsa & agama jugak ok!

Dalam banyak2 penduduk kat situ katanya ada 2 orang je perempuan yang sangat cantik. Memang cantik yang di gambarkan tu tak ada tandingan dengan mana2 perempuan dia pernah tengok dalam golongan manusia ni la. Jangan nak compare dengan aku.. Aku lain.. aku memang cantik macam bunian so mungkin kecantikkan tu setanding aku la kot.. hahahaha. Ok sila muntah tepi skrin! Tapi yang pernah aku dengar sebenarnya jin yang kita nampak ensem & cantik tu bukan rupa sebenar mereka. Kalau depa tunjuk rupa sebenar rasa trauma sepanjang hayat sapa2 yang tertengok tu.

Salah seorang dari dua gadis bunian tu, offer dia kawen. Selalu gitu kan.. Gadis bunian ni memang jenis perigi cari timba gamaknya. Dia memang akan pinang mana2 manusia dia suka tapi ada term & condition dia. Takde dia suka kau.. terus kau boleh kawen tanpa syarat. Antara syarat yang katanya Mohd Azarul ni tak boleh nak accept.. dia tak boleh lagi balik jumpa mak ayah dia. Kalau dia langgar pantang dia akan jadi gila.. Syarat tu pun dah gila sangat bagi seorang anak kan. Maka di tak dapat penuhi syarat.

Sampai hari ke 7 katanya gadis bunian tu ajak dia kawen dia tetap menolak.. tu sebab hari ke 7 dia di lepaskan dari alam ghaib & di temui pasukan penyelamat yang menyertai misi pencarian.

Pengajaran yang dia dapat dalam pengembaraan dia ke alam bunian tu katanya.. penduduk situ tidak bekerja cuma rutin mereka beribadah. Tapi kita yang hidup kat alam manusia ni jangan pulak sampai malas bekerja guna alasan nak beribah jer.. Habis tanggungjawab lain yang Allah amanahkan tu sapa nak pikul. Cuma seimbangkan la..

Dari apa yang aku baca memang boleh terjadi manusia masuk ke alam ghaib & memang ada berlaku manusia berkahwin dengan Jin. Aku dah lupa aku dengar pendakwah mana cakap pasall tu.. Tapi dari orang terkenal jugak la. Cuma tidak di galakkan dalam Islam. Yup.. Jin juga ada kehidupan mereka macam manusia.. ada kampung.. ada penempatan jadi tak mustahil dalam hutan belantara tu di sebalik pokok2 & semak samun yang kita nampak ada penempatan golongan Jin. Macam aku pernah cakap kat entri sebelum ni.. Antara dua sebab je kalau Jin tu tawan manusia kat alam ghaib.. samada kita buat perkara dia tak suka atau dia suka kat kita je. hehehehe

Moral of the story.. Banyak perkara yang tidak boleh di buktikan dengan sains & teknologi. Ilmu alam ni sangat luas.. Sebagai umat Islam kita wajib percaya kepada alam ghaib tapi bukan taksub sehingga mensyirikkan Allah & melakukan perkara2 khurafat.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber: lekatlekit

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *