[VIDEO] Bintang Ragbi All Blacks Yang Beragama Islam, Sonny Bill Williams Ucap Sesuatu Sehingga Menitis Airmata

“SAYA mendoakan mereka berada dalam kalangan ahli syurga.”

Begitulah kata-kata bintang ragbi All Blacks, Sonny Bill Williams dalam doanya terhadap mangsa terbabit dalam tembak4n rambang di dua masjid di Christchurch, New Zealand, hari ini. Bekas bintang ragbi New Zealand itu turut mengalirkan air mata ketika mengirimkan video penuh emosi berhubung kejadian terbabit.

Dengan memakai kopiah, Sonny yang beragama Islam, mengesat air matanya beberapa kali dalam rakaman dibuat ketika duduk di dalam keretanya.

Polis melaporkan seramai 49 terbunvh dan 20 cedera dalam dua serangan di dua masjid ketika solat Jumaat di bandar itu di mana Sonny pernah beraksi bersama Crusaders pada awal kariernya.

“Baru mendengar berita itu. Saya tidak mampu untuk meletakkannya dalam perkataan bagaimana perasan saya merasa sekarang,” kata pemain tengah itu yang juga pemenang Piala Dunia bersama All Blacks menerusi video dikirim di Twitter.

“InsyaAllah (Dengan izin Allah) setiap orang terbunvh hari ini… anda semua berada di kayangan,” katanya.

“Sangat sedih, benar-benar sedih ia berlaku di New Zealand.”

 

Jom Lihat Video Dibawah :

Jom Lihat juga apa kata netizen :

Sbg Org Islam, kita perlu ada perasaan sedih seperti yg dia tunjukkan. Bukti bahawa kita menyanyangi saudara2 kita yg terkorban Dan yg tercedera. Tidak beriman kamu jika kamu tidak syg saudaramu seperti dirimu. Bukanlah kita perlu show offkanya tapi utuskanlah doa buat mereka semua. InsyaAllah yg terkorban khusnul khatimah Dan syurgalah utk mereka.amin

siapa yg masih mempunyai sifat kemanusiaan pasti akan mengalirkan air mata selepas tgk kejadian berkenaan..

The whole muslim world saddens with you brother

May Allah grant our brothers and sisters who’ve been killed today, their rightful abode in Jannah, Ameen. My heart bleeds for them and their loved ones. 😢

Sad day for New Zealand

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber : Harian Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*