[VIDEO] ‘ASAL KAU LARI? KALAU MAK AKU HILANG NY4WA?’-Bas Rapid KL Rempuh Hampir 20 Buah Kereta

 

Makluman Awal Kemalangan

16 ogos 2018/KL Bas langgar lari..

Melibatkan sebuah bas RapidKL dan lebih 4 buah kenderaan lain dari Ampang Point menghala MRR2/Tesco Ampang..

Bas ni rempuh kereta, kereta terbabas rempuh kedai burger aku. ibu aku pangku baby 2 bulan terpelanting. Aku kejar dari keramat au2 sampai ampang nak masuk mrr2 dengan kaki ayam tak pakai baju. hampir 20 biji kereta dia rempuh.
#Tv3 #Pdrm #Siakapkeli


Sumber Fb Azri Arip

[VIDEO] ‘Asal Kau Lari? Kalau Mak Aku M4ti?’

Viral di media sosial malam ini apabila video kejar mengejar yang melibatkan mangsa langgar lari dan sebuah bas. Video yang dirakam oleh anak mangsa itu sewaktu mengejar pemandu bas itu mendapat perhatian ramai netizen.

Difahamkan kejadian berlaku di Keramat apabila sebuah bas merempuh sebuah kereta sebelum cuba melarikan diri. Lebih malang, apabila bayi 2 bulan yang merupakan adik mangsa terpelanting dari dalam kereta tersebut.

sumber: Ohbulan

Bas rempuh tujuh kenderaan, pengguna Jalan Ampang saksi adegan mendebarkan

Bas rempuh tujuh kenderaan, pengguna Jalan Ampang saksi adegan mendebarkan

KUALA LUMPUR: Pengguna jalan raya di sekitar kawasan Ampang di ibu negara pada Khamis malam dikejutkan dengan insiden sebuah bas yang dipandu laju hingga merempuh beberapa buah kenderaan lain.

Insiden itu dipercayai bermula di kawasan Keramat berdekatan dengan sebuah kilang pemproses produk farmaseutikal di Keramat hinggalah berakhir di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Insiden itu mula menjadi kecoh dan tular di media sosial apabila rakaman orang awam yang dipercayai menunggang motosikal cuba mengejar bas tersebut.

Kekecohan di sepanjang laluan itu dirakamkan oleh orang awam yang turut mengejar bas berkenaan. – Media sosial
Kekecohan di sepanjang laluan itu dirakamkan oleh orang awam yang turut mengejar bas berkenaan. – Media sosial

Kekecohan di sepanjang laluan itu dirakamkan oleh orang awam yang turut mengejar bas berkenaan. - Media sosial

Dalam video tersebut, bas yang dipandu secara semberono itu juga akhirnya terhenti setelah terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Pemandu bas tersebut juga telah ditahan oleh orang awam sementara menunggu kedatangan pihak berkuasa.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya mengesahkan kejadian tersebut kepada Astro AWANI.

“Insiden itu bermula dari kawasan berdekatan kilang Texas Instruments di Keramat, sebelum bas itu meluru masuk ke arah Jalan Jelatek dan membelok ke Jalan Ampang menuju Ampang Point.

“Ia melibatkan sebuah bas dan tujuh kenderaan lain. Setakat ini (maklumat) tentang kecederaan masih belum diketahui. Siasatan masih dijalankan,” ujarnya.

sumber: astroawani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *