[UPDATE] Ini berita baik dan janji RapidKL kepada semua mangsa rempuhan bas

 

 

RAPIDKL akan membayar ganti rugi kepada semua pemilik kenderaan yang rosak dilanggar pemandu bas RapidKL di sepanjang Jalan Ampang dalam kemalangan malam tadi.

Ketua Pegawai Operasi RapidKL Shamsul Rizal Mohd Yusof berkata, semua pemilik kenderaan terbabit boleh menghubungi talian bantuan di 03 7885 2585.

“Pemilik kenderaan terbabit perlu melalu beberapa prosedur untuk menuntut ganti rugi termasuk membuat laporan polis berhubung kejadian itu,” katanya pada sidang media di Depoh Rapid KL Maluri, hari ini.

Shamsul berkata, pusat operasi RapidKL menerima maklumat mengenai kemalangan terbabit pada 8.30 malam.

“Bas terbabit untuk perkhidmatan dari Datuk Keramat ke Ampang Point. Berdasarkan maklumat diterima, tiada mangsa terbunuh dalam kejadian berkenaan.

“Kami meminta maaf berhubung kemalangan berkenaan dan belum mendapat maklumat lengkap mengenainya manakala punca kemalangan masih belum dapat dipastikan,” katanya.

Beliau berkata, RapidKL akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membantu siasatan.

Katanya, pemandu bas terbabit memiliki rekod perkhidmatan yang baik sepanjang dua tahun berkhidmat untuk syarikat dan kini menerima rawatan di Hospital Ampang.

Ketika ditanya sama ada bas terbabit mengalami masalah teknikal, Shamsul berkata, buat masa ini mereka belum berpeluang memeriksa bas berkenaan yang kini diletakkan di Balai Polis Pandan Indah.

“Kami akan memastikan bas dalam keadaan terbaik dan selamat sebelum memulakan perjalanan.

“Difahamkan pemandu terbabit bekerja dari pagi hinggalah ke masa kejadian. Tetapi, buat masa ini, tidak dapat dipastikan berapa jumlah jam pemandu terbabit bertugas pada hari ini,” katanya.

Sebelum ini, dilaporkan sekurang-kurangnya empat cedera selepas tujuh kereta dilanggar bas RapidKL yang dalam perjalanan dari Datuk Keramat menghala ke Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), malam tadi.

Video sepanjang 1 minit 40 saat mengenai kejadian itu tular menunjukkan bas berkenaan dipandu dengan laju apabila dikejar penunggang motosikal.

Penunggang motosikal itu memaki hamun pemandu bas berkenaan yang dikatakan melanggar ibunya, sebelum pemandu bas terbabit melarikan diri apabila kenderaan itu tidak bergerak selepas merempuh kenderaan lain.

Rempuhan bas di Ampang: RapidKL mohon maaf

KUALA LUMPUR: Pengendali bas RapidKL, Prasarana Malaysia Berhad memohon maaf kepada orang ramai berkenaan insiden seorang pemandu bas RapidKL yang bertindak merempuh beberapa buah kereta di ibu negara malam tadi.

Ketua Pegawai Operasi RapidKL, Shamsul Rizal Mohd Yusof berkata pihaknya masih sedang mendapatkan maklumat terperinci berkenaan kejadian tersebut.

Dalam mengesahkan kejadian yang berlaku sekitar jam 8 malam Khamis, beliau berkata bas berkenaan sedang beroperasi di Laluan 221 dari Datuk Keramat ke Ampang Point ketika kejadian berlaku.

“Kapten (pemandu) bas itu sudah berkhidmat selama dua tahun dan dia mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.

“Punca kejadian masih belum dikenal pasti, namun kami memohon maaf kepada orang ramai atas insiden ini,” katanya pada satu sidang media di Taman Maluri, Cheras sebentar tadi.

Katanya, kapten bas tersebut kini sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Ampang.

Tambahnya, tiada laporan kemalangan jiwa yang diterima setakat ini.

“Kami akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan ini,” ujarnya yang turut meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi tentang insiden itu.

Apabila ditanya tentang jumlah penumpang yang berada di dalam bas ketika kejadian, Shamsul Rizal berkata maklumat tersebut belum dikenal pasti.

“Kami masih belum dapat maklumat sebenar, ada penumpang ke tidak atau berapa penumpang (dalam bas).

“Kami kena memeriksa bas tersebut, kami belum diberi peluang lagi,” ujarnya.

Tambahnya, jika ada pihak yang mahu membuat tuntutan, mereka boleh menghubungi talian RapidKL di 03-7885 2585.

sumber:  hmetro


Sumber Fb Azri Arip

 

Bas rempuh tujuh kenderaan, pengguna Jalan Ampang saksi adegan mendebarkan

Bas rempuh tujuh kenderaan, pengguna Jalan Ampang saksi adegan mendebarkan

KUALA LUMPUR: Pengguna jalan raya di sekitar kawasan Ampang di ibu negara pada Khamis malam dikejutkan dengan insiden sebuah bas yang dipandu laju hingga merempuh beberapa buah kenderaan lain.

Insiden itu dipercayai bermula di kawasan Keramat berdekatan dengan sebuah kilang pemproses produk farmaseutikal di Keramat hinggalah berakhir di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Insiden itu mula menjadi kecoh dan tular di media sosial apabila rakaman orang awam yang dipercayai menunggang motosikal cuba mengejar bas tersebut.

Kekecohan di sepanjang laluan itu dirakamkan oleh orang awam yang turut mengejar bas berkenaan. – Media sosial
Kekecohan di sepanjang laluan itu dirakamkan oleh orang awam yang turut mengejar bas berkenaan. – Media sosial

Kekecohan di sepanjang laluan itu dirakamkan oleh orang awam yang turut mengejar bas berkenaan. - Media sosial

Dalam video tersebut, bas yang dipandu secara semberono itu juga akhirnya terhenti setelah terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Pemandu bas tersebut juga telah ditahan oleh orang awam sementara menunggu kedatangan pihak berkuasa.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya mengesahkan kejadian tersebut kepada Astro AWANI.

“Insiden itu bermula dari kawasan berdekatan kilang Texas Instruments di Keramat, sebelum bas itu meluru masuk ke arah Jalan Jelatek dan membelok ke Jalan Ampang menuju Ampang Point.

“Ia melibatkan sebuah bas dan tujuh kenderaan lain. Setakat ini (maklumat) tentang kecederaan masih belum diketahui. Siasatan masih dijalankan,” ujarnya.

sumber: astroawani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*