Umno didakwa rasuah kanak-kanak dengan gula-gula

Pengendali Facebook Kami Sayang Tun Mahathir telah memuat naik beberapa gambar memaparkan Ketua Puteri Umno Malaysia, Zahida Zarik Khan memberikan gula-gula kepada kanak-kanak Orang Asli berikutan tularnya gambar wanita PH memberi wang kepada pengundi di Cameron Highlands, semalam.

Merekan menyifatkan pemberian itu sebagai satu rasuah kerana ia diberikan sewaktu kempen pilihan raya kecil (PRK) berjalan.

Tindakan admin itu seolah-olah mahu ‘membalas dendam’ terhadap netizen yang menyebarkan gambar wanita PH itu di media sosial.

Bagaimanapun, ia memakan diri selepas netizen menghentam kembali tindakan admin Facebook tersebut yang masih mahu menegakkan benang yang basah.

 

Jika sebelum ini PH begitu lantang mengkritik BN menggunakan politik wang ketika pilihanraya, mereka juga menggunakan taktik yang sama selepas mendapat kuasa.

Apa yang pelik penyokong-penyokong PH yang dipanggil ‘mahacai’ masih setia mempertahankan pemimpin-pemimpin mereka yang kini teruk dihentam oleh rakyat.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber: Cempedak Cheese

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*