Ultra Tony Dedahkan Akan Sediakan… Untukmu Harimau Malaya. Go Malaysia

Empat penerbangan khas ke Hanoi pada tambang RM449 – Tony Fernandes

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia akan menyediakan penerbangan khas ke Hanoi sempena aksi final kedua Piala AFF Suzuki 2018, Sabtu ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, pihaknya menyediakan empat penerbangan tambahan pada tambang RM449 pergi-balik untuk penyokong Harimau Malaya.

“Terima kasih kepada kakitangan saya kerana bekerja keras untuk mendapatkan slot penerbangan (tambahan) ke Hanoi,” katanya dalam catatan menerusi Twitternya.

Fernandes turut mengucapkan terima kasih kepada krew penerbangan kerana terpaksa membatalkan cuti mereka untuk mengendalikan penerbangan tambahan tersebut.

 

Pada Jumaat, Fernandes berkata jumlah pesawat yang bakal disediakan bergantung kepada kelulusan pihak berkuasa lapangan terbang Hanoi.

Terdahulu, ketika aksi separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Nasional Rajamangala, Thailand baru-baru ini, AirAsia menyediakan sebuah pesawat penerbangan khas membawa penyokong Harimau Malaya khususnya anggota kelab Ultras Malaya.

Dalam kegembiraan ini, Fernandes turut menyuarakan kekecewannya terhadap pengendali lapangan terbang, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Katanya, selama ini apabila AirAsia melakukan penerbangan amal, penerbangan percuma serta penerbangan khas seperti dilakukan untuk Ultras, MAHB tidak pernah memberi pengecualian khas seperti cukai lapangan terbang percuma.

”Dalam tempoh 17 tahun kami mencuba yang terbaik untuk membantu orang ramai, bukan sesuatu yang senang. Kami diserang oleh beberapa pihak, namun ramai di luar sana menghargai apa kami lakukan,” kata Fernandes.

 

AirAsia akan sedia penerbangan khas ke Hanoi – Tony Fernandes

AirAsia akan sedia penerbangan khas ke Hanoi - Tony Fernandes

 

KUALA NERUS: Penyokong Harimau Malaya berpeluang ke Hanoi dengan menaiki penerbangan khas AirAsia sempena aksi final kedua Piala AFF Suzuki 2018, Sabtu ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata, jumlah pesawat yang bakal disediakan bagaimanapun bergantung kepada kelulusan pihak berkuasa lapangan terbang Hanoi.

Ia juga bergantung kepada permintaan dan prestasi pasukan negara dalam perlawanan final pertama, Selasa ini.

Penerbangan khas itu secara tidak langsung dapat memastikan skuad negara mendapat sokongan padu bagi memenangi kejohanan itu, katanya selepas program ‘Executive Talk Air Asia: From Zero to Hero’ bersama warga Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini pada Jumaat.

“Kita akan menggunakan pesawat yang lebih besar jika diberi kelulusan di samping akan turut menambah bilangan pesawat,” katanya.

“Buat masa ini kita tidak pasti lagi jumlahnya tetapi penting untuk kita lihat bagaimana persembahan skuad negara pada lusa dan jika prestasi mereka cemerlang sudah pasti ramai penyokong mahu bertandang ke Hanoi,” katanya.

Turut hadir Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Dr Ahmad Zubaidi A. Latif.

Pada aksi separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Nasional Rajamangala, Thailand baru-baru ini, AirAsia menyediakan sebuah pesawat penerbangan khas membawa penyokong Harimau Malaya khususnya anggota kelab Ultras Malaya.

Perlawanan akhir Piala AFF Suzuki menggunakan format timbal balik dengan skuad negara akan melayan kunjungan Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil terlebih dahulu pada Selasa ini sebelum aksi final kedua di Hanoi pada Sabtu, 15 Dis.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber: Astro Awani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*