“Tunku Azizah kirim salam semua, tak kisah kawan atau law4n..” – Pelukis

Laman media sosial hari ini menjadi kecoh apabila Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyahaktifkan akaun Twitter rasmi miliknya.

Tindakan itu dilakukan setelah terdapat daripada segelintir individu yang memberikan reaksi negatif terhadap pelbagai perkongsian baginda.

Terbaru, seorang pengguna Twitter bernama Teme Abdullah berkongsi gambar terbaru Tunku Azizah bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menurut lelaki itu, walaupun kecewa tetapi Tunku Azizah tidak lupa mengirimkan salam kepada semua rakyat jelata termasuk golongan yang mempunyai perasaan benci terhadap baginda.

“Aku dah dapatkan perkenan keizinan Kebawah Duli Tuanku untuk berkongsi di media sosial aku. Jangan risau,” tulis pelukis berbakat itu.

Difahamkan gambar tersebut baru dirakam sempena istiadat mengarak Panji Yang di-Pertuan Agong di Dataran Pahlawan Negara, Presint 1 pada pagi tadi.

Rata-rata warganet mengucapkan terima kasih atas perkongsian foto tersebut dan mula merindui kehadiran Tunku Azizah di laman media sosial.

Sumber : Teme Abdullah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *