Tular Video Hampir Bertvmbuuk !! Pergadvhan Baby shima Dan DS Aliff Syukri Di Sidang Media Di Indonesia

Pertelingkahan antara penyanyi Baby Shima dan usahawan selebriti Datuk Seri Aliff Syukri semakin hangat apabila mereka ‘bersemuka’ di sebuah majlis petang tadi.

Difahamkan, Shima bertekak dan ‘menyerang’ Aliff di sidang media pelancaran lagu baru usahawan itu yang diadakan di Jakarta, Indonesia.

Menerusi video ‘live’ di laman Facebook Aliff, Shima menyerang Aliff di minit yang ke 21:00 dan mendakwa usahawan itu sengaja mahu memalukan dirinya.

Menerusi kemas kini Instagram Shima, penyanyi lagu Roadblock Hatiku itu mendakwa Aliff cuba memalukan dirinya di sidang media terbabit.

Penyanyi itu meluahkan perasaannya di laman Instagram tetapi entri terbabit telah pun dipadamkan oleh Shima.Sebelum ini, Shima dan Aliff mula berbalah semenjak penyanyi itu menegur kebolehan suara Aliff

Isu tersebut berpanjangan sehingga masing-masing dikatakan mahu mengambil tindakan saman menyaman.

“Kau layan aku seperti sampah!” – Baby Shima , Aliff Syukri bergaduh!

Penyanyi Baby Shima kecewa apabila dimalukan oleh usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri secara sengaja di hadapan orang ramai.

Menurut Baby Shima, dia bengang apabila dihalau daripada masuk ke sesi sidang akhbar pelancaran lagu Cowok Baru nyanyian Aliff sebentar tadi di Jakarta, Indonesia sedangkan dirinya dijemput secara rasmi.

Apa yang penting siap ada kad jemputan khas lagi, tetapi Aliff tidak membenarkan Shima masuk. Apa motif Aliff?

Dalam insiden itu, Shima yang popular dengan lagu Pura-Pura Bujang ini berasa sebak apabila Aliff melayannya seperti sampah.

“AKU DATANG SECARA BAIK, KAU LAYAN AKU SEPERTI SAMPAH! TAK CUKUP KE KAU HINA AKU. KAU INGAT KAU KAYA, BOLEH BUAT SESUKA HATI KE?” MARAH SHIMA KERANA BENGANG DIPERLAKUKAN SEPERTI SAMPAH.

“Terima kasih Datuk malukan Shima pada sidang media tadi. Pihak Datuk undang Shima, Shima tak nak buruk sangka jadi Shima datang atas saranan pihak pengurusan Shima.

“Tetapi Shima tidak sangka pihak Datuk malukan Shima. Buat apa ada kad undangan kalau tak boleh masuk? Apa tujuan Datuk sebenarnya?

“Ikutkan Shima pun tak nak datang, tetapi disebabkan Shima tengok Datuk sudi bagi kad jemputan, jadi Shima tak nak buruk sangka dan dalam pemikiran Shima mungkin Datuk ingin berdamai.

“Tetapi di sebalik itu, Allah saja yang tahu betapa malunya Shima tadi,” luah kecewa Shima menerusi entri instagram miliknya.

Sementara itu, tindakan Aliff Syukri yang menghalau Shima mendapat simpati daripada ramai peminat termasuk selebriti terkenal Indonesia iaitu Upiak Isil.

“Shima sabar sajalah. Shima tahu tak kenapa Upiak tak ikut promosi lagu itu sekalipun sebab salah satu dalam lagu itu, sudah menghina Upiak juga.

“Upiak sedih fizikal diri dihina untuk naikkan lagu itu supaya trending,” tulis Upiak di ruangan komen instagram Shima.

Semoga Baby Shima tabah hadapi dugaan ini. Diharapkan pergaduhan ini dapat diselesaikan secara baik kerana berdamai kan itu lebih baik. -MHE TV

Sumber: Astro Gempak via Sinar Viral Kini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *