Tular Gadis Bertudung Plastik, Ini Cerita Sebenar..

Demikian jawapan Nur Fariza Mohd, 28, selepas sekeping gambarnya memakai plastik sebagai pengganti tudung menjadi tular di media sosial.

Dia tidak menyangka perkongsian dengan rakan baiknya menjadi tular, namun mengambil positif setiap komen dilontarkan netizen.

Menjual Minyak Enjin

Menceritakan kisah berlaku pada 28 Ogos lalu, Nur Fariza berkata, dia yang menjual minyak enjin secara atas talian perlu menghantar barangan berkenaan kepada pelanggan di Puchong.

“Ketika itu hujan lebat, saya perlu singgah dulu di rumah di Putrajaya untuk mengambil barangan berkenaan berikutan stok dalam kereta sudah tiada.

“Ketika keluar dari kereta, tudung saya sudah basah kuyup dan setibanya di rumah, saya tarik satu tudung lain namun tercicir ketika mahu memasukkan dalam beg,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Katanya, dia tidak memeriksa beg dibawa dan keluar tergesa-gesa dari rumah kerana memikirkan pelanggannya sudah menunggu lama.

Tudung Tertinggal Pula.. 

“Bagaimanapun, apabila tiba di lokasi, saya melihat tudung diambil tiada dalam beg dan segan untuk berjumpa dengan pelanggan dalam keadaan tudung dipakai basah kuyup.

“Saya mendapat idea sebaik melihat plastik besar yang sentiasa berada dalam kereta dan mula mengoyak plastik berkenaan untuk dijadikan tudung.

“Kebetulan, dalam kereta saya memang tersedia jarum peniti dan saya mula mereka serta melilit plastik berkenaan sebelum menjadi ‘tudung plastik’,” katanya.

Nur Fariza berkata, dia kemudian membentuk plastik berkenaan menjadi ‘awning’ dan kemudian keluar berjumpa pelanggan.

Pelanggan Pun Terkejut…

“Saya akui pelanggan berkenaan sedikit terkejut melihat ‘tudung’ saya dan tergelak, lantas bertanya adakah itu plastik.

“Namun, saya hanya tersenyum dan sebaik urusan perniagaan kami selesai, saya terus bergegas pulang,” katanya.

Menurutnya, dia kemudian mengirim gambar ‘tudung’ berkenaan kepada rakannya yang memuat naik di Twitter.

Katanya, dia terkejut berikutan ia menjadi tular, namun diharap perkongsian kreatif itu menjadi pengajaran dan idea kepada semua kerana ketika itu dia berada dalam keadaan darurat.

Sumber: Hmetro

Takpe sis, yang penting tutup aurat.. lepas ni boleh dah letak tudung spare dalam kereta.. hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *