Tragedi Solat Jumaat: ‘Innalillah.. ini insiden paling buruk saya pernah lihat’ – Khabib Nurmagomedov

DUNIA hari ini digemparkan dengan insiden tembakan rambang di dua masjid di Christchurch, New Zealand yang mengorbankan 49 nyawa.

Selain mencederakan 48 yang lain, seorang rakyat Malaysia juga disahkan menjadi mangsa kejadian terbabit.

Jutaan penduduk dunia mengecam tindakan kejam serta tidak berperikemanusiaan penembak berkenaan.

Ia turut mendapat reaksi dari beberapa individu terkenal, antaranya ialah bintang UFC, Khabib Nurmagomedov yang amat terkesan secara emosi dengan insiden tersebut.

Dalam posting terbaharu di akaun Twitter dan Instagramnya, jaguh MMA Rusia itu meluahkan rasa sedih dan kesal dengan tragedi yang menimpa umat Islam di bandar itu.

“Innalillahiwainnailaihirojiun. Ini antara video insiden yang paling buruk saya pernah lihat. Allah lebih mengetahui dari kita, kesabaran untuk semua,” tulisnya.

Posting tersebut disertakan gambar seorang mangsa kejadian yang dilihat sedang membuat isyarat jari telunjuk yang bererti ‘Allah Yang Maha Esa’.

 

Dalam kejadian pada Jumaat itu, seorang saksi berkata, dia melihat seorang lelaki memasuki Masjid Al Noor di tengah Christchurch kira-kira pukul 1.45 tengah hari waktu tempatan dan mendengar puluhan das tembak4n dilepaskan selepas itu.

Sejurus itu, orang ramai dilihat bertemparan lari keluar dari masjid dalam keadaan ketakutan.

Lelaki bersenjata itu berkulit putih dan memakai topi keledar yang mempunyai alat di atas kepala, seakan-akan seperti anggota militari.

Menurut laporan, kejadian tembak4n kedua pula berlaku di satu lagi masjid di bandar raya itu, iaitu di Masjid Linwood.

Selain Khabib, beberapa lagi selebriti turut memberi reaksi di media sosial seperti penyanyi John Legend, Yusuf Islam, aktres Melissa Joan Hart, Alyssa Milano, pelakon veteran George Takai, Mark Ruffalo, atlet WWE Mustafa Ali, CEO Apple Tim Cook dan ramai lagi.

 

Terdahulu, Bintang ragbi New Zealand Sonny Bill Wiliams juga turut bersedih atas insiden di Christchurch

Bintang ragbi New Zealand, Sonny Bill Wiliams, bersedih atas insiden di Christchurch
Dalam video, Williams kelihatan sedang berkongsi perasaannya dan juga sokongan emosi untuk mangsa-mangsa yang terlibat.

 

BINTANG All Blacks, Sonny Bill Williams, turut terkesan dengan tragedi tembakan tambang di masjid di Christchurch apabila memuat naik sebuah video di akaun Twitternya.

Dalam video tersebut, Williams kelihatan berkongsi perasaan pilunya selain menyatakan sokongan emosi untuk mangsa-mangsa yang terlibat.

“Pedihnya hati saya dengan apa yang berlaku di Christchurch. Kasih dan doa saya untuk keluarga yang terlibat,” tulis kapsyennya.

 

Pemain ragbi tersebut yang telah memeluk agama Islam pada tahun 2008, sambil menangis berkata, dia masih tidak boleh menghadamkan situasi yang telah berlaku.

Tambahnya, “Saya menyampaikan doa saya kepada keluarga mangsa, dan nampaknya terdapat 30 mangsa yang telah meningg4l dunia.”

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber: Astro Awani

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*