“Tolong Bagitau Mana Acap. Di Sini, Sini”. Meremang Apabila Solo Ambush Diganggu, Terdengar Suara Memanggil Ketika Pencarian

Satu Malaysia sudah tahu berkenaan kehilangan peserta Gopeng Ultra Trail 2019 iaitu Mohammad Ashraf Hassan (Acap) yang hilang sejak 23 Mac sehingga ke hari ini tidak dijumpai.

Pelbagai usaha telah dilakukan dan ia melibatkan semua orang dan ini termasuk orang awam.

Seorang lelaki yang lebih dikenali sebagai Solo Ambush telah masuk ke hutan untuk mencari Acab dan dia masuk seorang diri. Kisah yang diceritakan disertakan dengan video. Ini kisah beliau ..

Solo Ambush Search and Rescue Acap (SSARA)

Dukacita di maklumkan kepada semua, Acap masih tidak di jumpai. Walaupun aku amat positif beliau akan di jumpai malam semalam.

Keadaanku yang amat keletihan yang baru balik dari Vietnam, memandu kereta direct selama 3 jam juga tidur yang kurang dari 3 jam selama dua hari sedikit sebanyak

menjejaskan tumpuan dan keupayaan stamina fizikal aku.

Aku amat sedih dan sebak pada ketika itu, aku mohon maaf kepada keluarga Acap kerana tidak dapat meneruskan pencarian di mana pencarian aku berakhir aku berbaring di sebelah kubur.

Persediaan awal. (3 hari sebelum)

Mengkaji kedudukan Acap berdasarkan maklumat, checkpoint, register, telco signal coverage, anggaran speed kelajuan, maklumat orang kampung dan beberapa ketua SAR serta penampakan mistik dan jelajah mistik yang aku buat sendiri.Selama dua malam aku membuat homework dan aku kenal pasti kawasan yang kemungkinan tinggi Acap hilang.

Aku bahagian kawasan itu sebanyak 5 bahagian. Peta telah aku hafal untuk memudahkan pergerakan aku sendiri di dalam malam gelap gelita. Semalam Ku hanya sempat mencari 1 daripada 5 bahagian yang telah aku marking.

Lokasi tepat aku terpaksa di rahsiakan untuk mengelak pejejakan Acap secara solo aku di ganggu. Terima kasih kepada individu yang memberi maklumat dari pengalaman SAR mereka sebelum ini. Kerjasama mereka amat baek.

Survey trek di hari kejadian(Pkl 6.45pm)

Aku sedikit lewat kerana driving, jalan jem daaa… Sepanjang trek di sini aku lalui, kecuali batu putih, ada beberapa kawasan yang kuat auranya, sehingga wujudnya penampakan bayang hitam di hadapan mata kira-kira 10m di hadapan selama 2 saat pada waktu petang tersebut.

Spontan aku berkata ‘haaa jangan lari…tolong bagitau di mana Acap’..Bayang tersebut hilang begitu saja. Berakhir di kawasan yang telah aku spot kemungkinan wujudnya Acap. Agak mengejutkan, laluan masuk ke trek itu tersembunyi dan hanya kelihatan setelah 10meter melalui semak samun.

Ringkasan semasa live (19.55malam)

Aku sampai awal, live di mulakan. pencarian di mulakan. Jumpa rumah. Masuk, cari dan keluar. Melalui laluan kepala sawit.

Terdengar suatu suara misteri yang memanggil

Melalui laluan hutan, masuk hutan. Di sini lah terdengarnya bunyi ‘di sini sini’.

Wujudnya makhluk halus yang bermain di atas pokok. Di panggil turun , tidak mahunya.

Cuba berinteraksi pula tidak sudi atau entah lah.

Adakah Suara Itu Suara Solo Ambush Sendiri? Ini Penjelasan Beliau

Setelah di beritahu oleh adik aku, tentang suara ‘sini sini’, aku dengan selambe kata..eh suara saya kot… mana ada suara org lain tak dengar pun….

Bila aku cek balik group wasap, semua memperkatakan tentang suara ini, aku hanya biar je…sbb aku rasa mungkin itu suara aku…. tapi salah sorng kawan hantar rakaman tersebut pada aku….kali pertama aku dengar macam suara aku….tapi bila aku ulang2 dengar..aku sendiri terkejut..itu bukan suara aku….di tambah dengan panjangnya bunyi perkataan ‘sini sini’ menindan suara aku yang memanggil Acap.

Sila dengar rakaman suara tersebut..anda nilaikan sendiri dan komen secara berhemah.

Nak ke aku kongsi lokasi tepat bersama dengan 4 lagi bahagian lokasi yg telah aku mark?

1st part live terganggu kerana tiada phone coverage

20min belalu dan mula live partII. Hanya menceritakan tentang coverage dan pencarian dilakukan tanpa live.


Sejam berlalu live part III bermula, melalui kebun durian. Temui seluar(bukan runner) dan cawan aluminium keras. Live berhenti untuk berehat.

Pencarian di sambung lagi tanpa live

Keletihan, dan pencarian di berhenti di kawasan kub0r.


Apa-apa pun ingin aku ucapkan jutaan terima kasih yang menyokong juga yang mendoakan. Hingga sekarang aku masih berdoa semoga Acap di jumpai.

Moga bermanfaat.

Mohon tuan Solo Ambush jangan putus asa dan terima kasih atas usaha tuan untuk mencari Acab. Mari kita doa acab masih selamat dan pulang ke pangkuan keluarga. Insyallah.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber : awatttsyeikhh

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*