TMJ beli Valencia?

KUALA LUMPUR: Pertemuan Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan pemilik kelab Valencia, Peter Lim di Turin beberapa hari lalu mencetuskan pelbagai tanda tanya.

Antara spekulasi yang timbul ketika ini adakah Tunku Ismail yang juga pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal melebarkan pengaruhnya hingga ke Valencia atau kelab La Liga yang lain?

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan adakah ada perbincangan lanjut antara Tunku Ismail dan Peter Lim mengenai perkara itu kerana seperti diketahui umum dua individu itu mempunyai hubungan rapat sebelum ini.

Ia dibuktikan dengan JDT dan Valencia pernah menjalinkan kerjasama pada 2014 membabitkan perkongsian beberapa perkara dalam pembangunan bola sepak.

Media Sepanyol mengesahkan pertemuan Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) dengan Peter Lim di sebuah restoran di Turin, Itali yang turut disertai pemenang lima kali Ballon d’Or, Cristiano Ronaldo dan ejen pemain, Jorge Mendes.

Namun laporan berkenaan tidak menyebut mengenai spekulasi TMJ akan meluaskan pengaruhnya ke liga Sepanyol.

Apa yang pasti ketika ini, kunjungan TMJ ke Turin menyaksikan JDT akan mengadakan kerjasama dengan kelab gergasi Itali, Juventus.

JDT dan Juventus setuju bekerjasama

Image result for tmj juventus
Sumber: twitter.com/hrhjohorii

TURIN: Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan gergasi bola sepak Itali, Juventus telah bersetuju untuk bekerjasama selepas perbincangan antara Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan pengerusi Juventus, Andrea Agnelli.

Pertemuan antara kedua-duanya berlangsung di Royal Park I Roveri pada Jumaat, 8 Mac 2019.

Agnelli menjemput Tunku Ismail untuk santapan tengah hari, di mana kedua-dua individu penting dalam membuat keputusan pasukan tersebut berbincang mengenai cara bagaimana kedua-dua kelab boleh menjalinkan kerjasama.

Pasukan Harimau Selatan itu akan menghantar satu delegasi ke Turin dalam masa terdekat bagi membincangkan lebih lanjut mengenai kolaborasi yang akan dijalinkan.

JDT cukup berminat untuk memperluaskan wawasan mereka ke Itali serta mendapatkan pandangan bernilai dari kelab paling berjaya di Itali. Juventus telah memenangi 34 kejuaraan Serie A.

Cristiano Ronaldo Ucap Selamat Berjaya Kepada JDT

KUALA LUMPUR: Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) mendapat suntikan semangat paling berharga untuk mengharungi saingan musim ini daripada pemenang anugerah Ballon d’Or sebanyak lima kali, Cristiano Ronaldo.

“Kepada semua pemain JDT, lakukan yang terbaik dan selamat berjaya,” kata bintang Juventus itu dalam satu video yang dimuat naik oleh pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Instagram miliknya.

Walaupun hanya ucapan ringkas, namun ia pasti memberi makna yang cukup besar buat JDT berdasarkan status antara pemain terbaik dunia dimiliki Ronaldo ketika JDT sedang mengharungi saingan paling mencabar musim ini.

Apa tidaknya, selain mahu mengekalkan kejuaraan keenam berturut-turut dalam Liga Super, JDT juga berdepan cabaran besar apabila beraksi buat kali pertama di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Selain itu, menerusi satu kenyataan menerusi akaun Facebook rasmi JDT iaitu JOHOR Southern Tigers, semalam, JDT mengesahkan akan mengadakan kerjasama bersama kelab gergasi Itali, Juventus.

Keputusan itu dicapai selepas Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) mengadakan pertemuan dengan pengerusi Juventus, Andrea Agnelli di Royal Park I Roveri, kelmarin untuk membincangkan kolaborasi antara dua kelab berkenaan.

Sumber : Berita Harian

Video:-

DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DIJEMPUT MENYAKSIKAN PERLAWANAN JUVENTUS VS UDINESE

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, berangkat hadir menyaksikan pertembungan Serie A antara Juventus dan Udinese Calcio di Stadium Allianz di Turin.

DYAM Tunku Ismail dijemput menyaksikan perlawanan tersebut selepas mengadakan perbincangan mengenai kolaborasi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim-Juventus dengan pengerusi Juventus, Andrea Agnelli pada hari Jumaat, 8 Mac 2019. Juventus memenangi perlawanan 4-1.

Sumber : JOHOR Southern Tigers

Post terkini daripada pemain bintang bolasepak dunia,Cristiano Ronaldo di akaun Instagramnya.

Seperti yang kita tahu,”Double J” iaitu Johor DT dan Juventus bakal jalin kerjasama.Satu langkah positif daripada kelab bolasepak tempatan.Semoga berjaya!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber: Bharian / Astro Awani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*