Tinggal 15 Hari Lagi Nak Sambut Ramadhan, Ramai Mula Berpusu-pusu Nak Tonton Video Masak Eina Azman

Tinggal 15 hari lagi umat islam bakal menyambut Ramadan dan seperti biasa, ramai yang mula mencari-cari juadah untuk bersahur dan berbuka.Nampaknya, laman sosial Instagram (IG), milik pelakon Datin Paduka Eina Azman, 23, antara yang menjadi tumpuan netizen.

Boleh dikatakan hampir setiap hari Eina akan memuat naik juadah dimasaknya dan bilangan yang menonton pula mencecah 300 ribu hingga satu juta orang.

Menariknya, walaupun memiliki gaya hidup mewah, ibu kepada pasangan kembar Karl Kareef dan Arianna Aubrey, 3, lebih gemar menyediakan hidangan tradisional atau masakan kampung.

Cara masakan yang ditunjuk juga simple dan mudah disediakan sehingga ada netizen yang mengaku mula belajar memasak selepas menonton video dikongsi Eina.

Pelakon Zombi Kilang Biskut yang memiliki 1.4 juta pengikut IG itu, juga sering mendapat pujian netizen kerana tidak lokek berkongsi resipi, petua masakan dan rajin melayan pertanyaan di ruangan komen.

Malah, pada ruangan kapsyen entri terbaharunya, Eina mengakui walaupun bukan seorang chef dia sangat ghairah mengenai makanan.

“Eina selalu masak for my family and friends. Bila mereka puji masakan kita, rasa confident tu datang. Lagi lah semangat nak masak dan kongsi inspirasi resipi dengan mereka semua!,” tulisnya.

Kepada pembaca Gempak yang tertanya-tanya nak masak apa untuk sahur dan berbuka Ramadan ini, rajin-rajinlah jenguk IG Eina Azman ya!

Semoga terinspirasi dan membantu!

 

 

View this post on Instagram

 

Eina bukan chef, tapi mmg passionate about food. Eina selalu masak for my family and friends. Bila dorang puji masakan kita, rasa confident tu datang..lagi lah semangat nak masak dan kongsi inspirasi resipi dengan korang semua! Untuk harini, nak share kt korang resipi Sayur Rebung Masak Lemak Cili Padi #CaraSaya! Kalau pergi kedai makan dkt Pahang mesti ada menu ni kan? Tapi Eina tambah daging, bagi lagi sedap! Korang try la recipe ni, simple and mudah je. Bahan – Bahan : •500g rebung (basuh dan toskan) •1/5 kg daging yang sudah di rebus •15/20 biji cilipadi (blend) •2 inci kunyit hidup (blend) •4 batang serai (diketuk) •2 cawan santan/susu cair •2 Asam Keping •3 daun limau purut •1 cawan air •Sedikit gula •3 sudu MAGGI CukupRasa Cara nak masak 1: Rebuskan daging sehingga lembut. 2: Masukkan bahan yang sudah di blend. 3: Bila dah mendidih boleh masukkan rebung, kacau sedikit. 4: Masukkan air and daging yg sudah direbus tadi. Masukkan santan dan kacau. 5: Nak bagi lagi sedap mesti lah kena masukkan MAGGI CukupRasa! Baru la lagi ummphh! 6: Masukkan sedikit gula, daun limau purut dan asam keping. And IT’S DONE! @farhana.ab.rahman #CaraSaya #MAGGICukupRasa #EinaAzman #ItsdonebyEinaAzman

A post shared by Eina Azman (@eina_azman) on

 

 

View this post on Instagram

 

Alhamdullilah done cooking Chicken Salted Egg n Sambal Terung Belacan😘 #itsdonebyeinaazman

A post shared by Eina Azman (@eina_azman) on

 

View this post on Instagram

 

Alhamdullilah dah siap Pisang Goreng Cicah Sambal Kicap Pedas for hubs @datopadukakaiser 😘😘😘 #itsdonebyeinaazman

A post shared by Eina Azman (@eina_azman) on


Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber: Gempak / Instagram Eina Azman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *