Terlampau keras, 10 ayat-ayat pendinding yang digunakan oleh Syamsul Yusof dalam Munafik 2

Sebenarnya, filem Munafik 2 yang ditayangkan baru-baru ini hanyalah sebuah forum ilmu di mana hmpir setiap dialog di dalam filem itu akan diselitkan dengan ilmu fiqh, aqidah, Al-Quran, As-Sunnah dan sebangainya secara literal.

Antara yg cuba disampaikan dlm filem Munafik 2:

– Al Quran dan Hadith menjadi pegangan umat Islam dan tidak akan sesat selagi kita berpegang pada keduanya.

– Di akhir zaman ini, orang jahil diangkat / dimulia manakala orang yang alim dituduh dusta / menunggang agama.

– Kebenaran akan dapat dibuktikan apabila kita bersabar mengharapkan pertolongan hanya daripada Allah.

– Kita jangan taksub / terlalu memuja seseorang itu walaupun dia seorang alim ulama’. Jika mereka itu mmbuat kesalahan maka mereka juga perlu ditegur.

– Iblis lebih mudah memperdaya orang2 Islam yang hilang bergantung harap kepada Allah. – Sihir merupakan senjata yang digunakan oleh golongan2 pemuja iblis yang mana mereka telahpun berlaku syirik kepada Allah. Ingat, Allah mengampunkan semua dosa hambanya melainkan dosa syirik.

Related image

Image result for munafik 2

Image result for munafik 2

Betul la ape yg Imam Syafie kata, “Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu”.

Terdapat banyak ayat-ayat Al-Quran yang digunakan di dalam filem ini yang boleh dijadikan ‘pendinding’ daripada gangguan makhluk halus:

1. Al-Baqarah, ayat 148

2. Al-Hijr, ayat 35

3. An-Nur, ayat 21

4. Aaraf, ayat 117-123

5. Al-Israa, ayat 82

6. Asy Syu’araa, ayat 80

7. Taha, ayat 68-70

8. Yunus, ayat 81-84

9. Ayatul Kursi

10. Al-Hasyr, ayat 21

Selain daripada itu, bacaan yang dibaca oleh Azhar (nama watak dalam filem) itu turut berguna dan bagus untuk diamalkan.

Tanpa anda sedari, terdapat sesuatu yang sangat penting disebalik lagu yang bertajuk ‘Al Haq’ ini yang didendangkan oleh Mawi dan Dato AC Mizal.

Mari kita rungkaikan maksud disebalik setiap bait-bait indah lagu Al Haq ini.

Misteri Disebalik Lagu Al Haq Mawi dan AC Mizal

 “Allahu ya hafizu nafsi wa ruhi” (Ya Allah, peliharalah diriku dan rohku)

“Bismillahi Jibril” (Dengan nama Allah, Jibril)

“Fi Yamini” (Pada kananku)

“Bismillahi Mikail” (Dengan nama Allah, Mikail)

“Fi Shimali” (Pada kiriku)

“Bismillahi Israfil” (Dengan nama Allah, Israfil)

“Fi Amami” (Pada hadapanku)

“Bismillahi Izrail” (Dengan nama Allah, Izrail)

P/s: Ianya dikenali sebagai Hizib Al-Hafiz/Doa Bismillah 9. Antara kelebihannya adalah sebagai doa pelindung daripada syaitan dan hasad dengki.

Sumber: Tawaurian / Ohmymedia

Hari pertama tayangan, Munafik 2 kutip RM3.6 juta

PUTRAJAYA 31 Ogos – Filem ke-40 terbitan Skop Productions, Munafik 2 semakin menunjukkan taringnya apabila meraih kutipan sebanyak RM3.6 juta biarpun baru sehari ditayangkan di 147 pawagam tanah air bermula semalam.

Kutipan tersebut sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan berjaya diraih oleh produksi filem berkenaan adalah  RM5.65 juta termasuk RM2.05 yang dikutip ketika tayangan awal atau sneak preview sehari sebelum itu.

Merupakan sekuel kepada filem Munafik yang diterbitkan pada 2016, naskhah ke-10 arahan Syamsul Yusof itu mendapat sambutan menggalakkan apatah lagi ketika kebanyakan rakyat Malaysia sedang menikmati cuti selama tiga hari sempena sambutan Hari Kebangsaan bermula hari ini.

Dikhabarkan, hampir kesemua syarikat pempamer membuat keputusan untuk menayangkan Munafik 2 selang 15 minit memandangkan terdapat permintaan tinggi daripada audiens.

Munafik yang diterbitkan dua tahun lalu berjaya meraih kutipan keseluruhan berjumlah RM17 juta dan dijangka Munafik 2 dapat mengatasi kutipan tersebut jika berjaya mengekalkan momentumnya.

Selain Syamsul sendiri, Munafik 2 turut dibintangi oleh Maya Karin, Datuk Fizz Fairuz, Datuk Rahim Razali, Ku Faridah, Asmawi Ani, Nasir Bilal Khan, Fauzi Nawawi dan Weni Panca.

Sumber: Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *