Terjawab Sudah..! Siti Aafiyah Binti Khalid Nama Rasmi ‘Si Comel Pipi Merah’ Datuk Siti dan Datuk K..

AMPANG: Siti Aafiyah Binti Khalid. Terjawab sudah teka teki rakyat Malaysia yang mengikuti sesi Live bersama Datuk Siti dan keluarga dalam Majlis Maulud Nabi, Aqiqah dan Tahnik ‘Si Comel Pipi Merah’ sebentar tadi.

Pengumuman itu dibuat Siti, 39, dalam satu majlis aqiqah dan tahnik yang diadakan di kediaman mereka di Bukit Antarabangsa, di sini malam Ahad.

Siti dalam ucapannya berkata, nama Aafiah diperolehnya bersama suami ketika mereka mengerjakan umrah di Makkah.

“Setelah saya hamil, kami dapat ilham di Tanah Suci Makkah apabila suami sering baca satu doa pendek yang ada perkataan Aafiah.

“Suami tanya nak tak nama Aafiah yang membawa maksud segala yang baik,” jelas Siti.

Tambah Siti, semasa di Kuala Lumpur ketika dia sedang memikirkan nama anaknya, kebetulan dia sering menerima doa-doa yang ada menyebut Aafiah.

Tambah Siti, dia bersyukur kerana Allah memakbulkan doanya untuk hamil selepas 11 tahun berumah tangga.

Selain itu, Siti mengucapkan syukur apabila proses kehamilan yang dilalui berjalan lancar biarpun terdapat sedikit komplikasi yang menyebabkan kehilangan banyak darah.

“Saya hilang banyak darah tapi saya kuatkan semangat dan hari ketiga saya sudah boleh berjalan. Hilang segala sakit bila nampak bayi.

“Saya rasa macam dalam mimpi tapi inilah impian saya. Saya bersyukur dilahirkan sempurna.

“Debaran saya kini ialah dalam mendidik anak. Ini amanah dan dugaan pada kita. Insyaallah saya ingatkan diri untuk beri yang terbaik,” ujarnya.

Dalam pada itu majlis tahnik yang dilakukan diketuai oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Sebelum itu, penyanyi lagu Segala Perasaan itu memuat naik video dan foto wajah bayi sulungnya yang kini berusia tujuh hari di Instagram kira-kita pukul 7.30 petang Ahad.

Siti Nurhaliza melahirkan bayinya dengan berat 3.55 kilogram kira-kira pukul 8.17 pagi pada 19 Mac lalu di sebuah hospital swasta secara pembedahan.

Alhamdulliah, sekalung tahniah dan penuh kesyukuran untuk Datuk Siti sekeluarga. Amin..

kredit:IG ctdk

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*