Tengku Mahkota Kelantan bakal kahwini gadis Sweden

Tengku Mahkota Kelantan, DrTengku Muhammad Faiz Petra bakal melangsungkan perkahwinan dengan seorang gadis Sweden pada 19 April ini. 

CIK Sofie Louise Johansson. – Foto ihsan Istana

Majlis perkahwinan tersebut akan diadakan di Istana Balai Besar, Kota Bharu.

Baginda yang berusia 45 tahun memilih rakan  lamanya dari Sweden, Sofie Louise Johansson, 33. 

Pengumuman tersebut dibuat oleh Ketua Istiadat Istana Kelantan, Datuk Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal. 

 

Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal dalam sidang akhbar di Istana Balai Besar, Kota Bharu hari ini.

Beliau berkata, istiadat perkahwinan tersebut diadakan secara sederhana selepas solat Isyak.

“Tiada jemputan luar hanya kerabat terdekat sahaja yang dijemput.

“Baginda menitahkan supaya pengumuman ini dibuat dan memohon kepada seluruh rakyat supaya mempermudahkan dan mendoakan perkahwinan ini bahagia sehingga ke jannah,” katanya dalam sidang di Istana Balai Besar hari ini. 

Katanya, baginda turut menitahkan supaya semua cenderamata perkahwinannya didermakan kepada badan kebajikan seperti Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK), rumah anak yatim dan orang tua.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber;– MHE TV / BHarian via beritasteady

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *