Tak Pergi Sekolah Sbb Kena Jaga Tiga Adik Selepas Ibunya Lari Ke KL, Nenek Putri Akhirnya Cerita Hal Sebenar

Jika anda masih ingat kisah kanak-kanak calon UPSR yang dibawa menjamu makan Kfc oleh seorang lelaki dan tular di media sosial selepas mendapat simpati orang ramai.

Apa yang lebih menyentuh hati ramai adalah kanak-kanak tersebut sudah beberapa hari tidak pergi sekolah kerana perlu menjaga 3 adik lain, malah mereka sebenarnya dijaga oleh nenek setelah ditinggal ibu bapa yang menghilangkan diri.

Kisah tersebut sekali lagi mendapat perhatian apabila pihak akhbar Hmetro pergi menemui keluarga ini bagi berjumpa nenek kanak-kanak terbabit.

Bukan saja hidup dalam rumah serba kekurangan dan menghidap pelbagai penyakit, malah seorang wanita warga emas terpaksa membanting tulang demi mencari sesuap nasi untuk menyara empat cucunya itu.

Itu penderitaan seorang nenek yang tinggal di rumah usang menanti runtuh, sekali gus amat berharap ada sinar kehidupan untuk empat cucunya berusia dua hingga 12 tahun.

Rilani Mutari, 65, berkata, penderitaannya bermula sejak sekian lama apabila terpaksa menanggung dua anak selepas suaminya mninggal dnia.

Katanya, kesulitannya bertambah apabila perlu menyara empat cucu selepas ditinggalkan ibu mereka, Tina Melda Uyung, 28, yang menghilangkan diri sejak berhijrah ke Kuala Lumpur.

“ Mereka anak-anak kepada anak perempuan saya yang membawa diri ke Semenanjung untuk bekerja kerana tertekan dengan kehidupan rumah tangganya, dua tahun lalu.

“ Ketika itu, anak bongsunya baru berusia dua bulan. Memang dia ada menghubungi kami, namun kini hilang begitu saja,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pangiran Galpam, Batu 7, di sini, kelmarin.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghulur sumbangan ke akaun Bank Rakyat 220712162841 atas nama Rilani Mutari.

Menurutnya, dia tidak mempunyai pilihan dan terpaksa bekerja bagi menampung hidup serta menghantar cucu-cucunya ke sekolah.

“ Baru-baru ini, cucu saya yang pertama tidak lagi pergi ke sekolah kerana terpaksa menjaga adik-adiknya selain tidak mempunyai duit yang cukup disebabkan saya skit.

“ Ketika ini, saya hanya bekerja sebagai tukang sapu di Masjid Pangiran Galpam, di sini, dengan bayaran RM200 sebulan selain mendapat bantuan untuk warga emas sebanyak RM300.

“ Kalau dulu boleh cari banyak kerja dalam satu masa, tapi sekarang saya sudah uzur. Saya menghidap skit jntung, kncing manis, drah tinggi dan banyak lagi penyakit sehingga setiap minggu terpaksa mendapatkan rwatan di Hspital Duchess of Kent Sandakan,” katanya.

Menurutnya, selama ini mereka sekeluarga juga sering mengharapkan ihsan jiran memberi makanan kerana tidak mempunyai dapur gas untuk memasak.

Beliau berkata, rumah yang didiami juga tidak mempunyai tandas dan banyak kerosakan.

“ Jika hujan, rumah kami mesti dimasuki air. Kami terpaksa mencari tempat yang kering untuk berlindung. Saya tidak mampu membaikinya kerana tiada duit.

“ Kehidupan kami memang susah apatah lagi saya perlu menyara semua ahli keluarga. Saya juga berterima kasih kepada semua pihak yang memberikan bantuan,” katanya.

Menurutnya, walaupun tanggungjawabnya berat dia nekad untuk menyara semua cucunya sampai bila-bila.

“ Tapi jauh di lubuk hati saya, saya harap Tina pulang ke pangkuan kami sekeluarga. Anak-anaknya sangat rindukan dia. Pulanglah Tina.

“ Dua cucu saya tiada sijil lahir kerana belum diurus dan mereka hanya dinamakan sebagai Putri, 12, Amir, 9, Black, 4, dan Inggai, 2,” katanya.

Kisah Putri dan nenek akhirnya dapat perhatian

Kehidupan daif seorang nenek yang terpaksa menyara empat cucu di rumah serba kekurangan mendapat perhatian umum.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Dilantik, Jaffari Waliam turut tampil menyumbangkan keperluan harian selain membaik pulih sebahagian rumah keluarga itu.

Jaffari berkata, pihaknya mengetahui kisah kesulitan hidup keluarga itu sejak 2 September lalu selepas cerita mengenai nasib mereka tular di media sosial.

Katanya, pihaknya mengambil inisiatif dengan mengumpulkan bantuan yang diperlukan termasuk kos baik pulih rumah.

“ Keadaan rumah keluarga ini amat menyayat hati dengan atap berlubang-lubang dan mereka juga terpaksa tidur berhimpit dalam bilik kecil.

“ Kita akan cuba membantu dengan kerjasama beberapa badan bukan kerajaan (NGO),” katanya ketika ditemui ketika melawat keluarga berkenaan, di sini, kelmarin.

Katanya, hasil perbincangan dengan beberapa NGO, mereka berusaha membaiki rumah keluarga ini.

“ Kita secara sukarela melakukan kerja baik pulih di rumah keluarga itu dan dijangkakan rumah mereka dapat disiapkan dengan cepat.

“ Saya mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang tampil memberi bantuan dan sumbangan dalam usaha mengurangkan bebanan yang dihadapi keluarga ini,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghulur sumbangan ke akaun Bank Rakyat 220712162841 atas nama Rilani Mutari.

Sumber : Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *