‘Tak payah susah-susah nak bayar’ – Kuan Chee Heng tawar perkhidmatan Van Jenazah RM1

Siapa yang tak mengenali Unlce Kentang? Kuan Chee Heng seorang aktivis sosial terkenal dengan aktiviti sukarela melakukan kerja kebajikan demi untuk membantu masyarakat yang memerlukan bantuan tanpa mengira bangsa atau agama.

Pelbagai usaha dilakukan sebelum ini antaranya menyediakan kemudahan ambulan, teksi serta menjual barang-barang makanan dengan caj yang dikenakan serendah 10 sen semata-mata untuk membantu mereka yang tidak berkemampuan.

Terbaru, Uncle Kentang berkongsi di laman Facebook miliknya betapa beliau terkejut dan bersyukur kerana diberikan sebuah van daripada insan yang tidak dikenali. Dana van tersebut digunakan untuk melakukan kerja amal selain melengkapi kemudahan van yang sudah sedia ada. Mari baca perkongsian beliau.

Image result for kuan chee heng van jenazah

 

GAJI SAYA TUHAN BAYAR RM 50,000. 6/11/2018. Saya terkejut. Saya pergi bantu hantar Jenaz4h ke Pontian. I berada di Masjid Kuning Kota Damansara.

Semasa saya berada di perkarangan masjid, satu lelaki Melayu telah approach saya. You uncle Kuan. You nak cari dana untuk beli Van Jenaz4h . I jawab. Ya. Ok my company will sponsor your van RM 50,000. Saya terkejut. Saya ucap terima kasih. I tak kenal dia. Dia kenal saya. Dia beri kad perniagaan nya. Beliau pun beredar dan suruh saya buat surat dan dia prepare cek untuk saya.

Rupa rupa nya, company dia punya boss adalah orang terkemuka di Malaysia dan antara yang kaya.

Kaya duit bukan kaya,kaya dengan hati yang hebat, itu lah kaya.

TERIMA KASIH, KERJA AMAL SAYA TUHAN BAYAR CASH RM 50,000 SECARA SUMBANGAN

Kuan Chee Heng yang terkenal teksi 10 sen dan rumah sewa RM1 kini tampil lagi dengan insiatif unik bagi membantu golongan yang tidak berkemampuan.

Chee Heng menerusi gambar yang dimuatnaik semalam menawarkan pula perkhidmatan van Jenaz4h RM1.

“Perkhidmatan van Jenaz4h bagi mereka yang betul-betul susah. RM1 sahaja. Tolong share agar perkara ini sampai kepada golongan yang tidak berkemampuan,” tulisnya.

Menurutnya, niatnya hanya mahu membantu meringankan bebanan golongan tidak berkemampuan yang kehilangan orang tersayang.

“Kalaulah ada orang susah meninggal dunia, jangan susah hati. Call kami dan kalau ada kelapangan, kami pasti akan bantu. Tak payah susah-susah nak bayar.

“Kerja paling baik ialah menolong menguruskan Jenaz4h . Call 012-273 2148,” katanya.

Bagaimanapun, jika perkhidmatan mereka diperlukan sehingga ke luar kawasan, Chee Heng hanya meminta pihak waris menyediakan makanan untuk krunya.

Terkini gambar yang dimuatnaiknya di Facebook kini dikongsikan 54,221 pengguna dan menerima ‘Like’ lebih 50,000. -MalaysiaGazete

Image result for kuan chee heng van jenazah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber: MG

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*