Tak Pasal-Pasal Kena Soal Dengan P0lis Sebab Sambal Belacan Punya Pasal

Setiap orang mesti ada insiden yang mencuit hati dekat dapur. Especially kalau yang pertama kali masuk dapur tak kira lelaki atau perempuan.

Kalau admin, pernah jadi jugalah masa tu nak goreng nugget. Selamba je masukkan dalam kuali waktu nugget tu sejuk lagi keluar dari peti ais. Tak ke berlaku cetusan gunung berapi tu?

Tapi, pengalaman yang admin nak cerita ni lagi mencuit hati rasanya. Vir4l dekat Twitter kelmarin bila ada seorang lelaki share cerita kelakar pasal kawan dia.

Sambal belacan punya pasal.

Kata Zul, cerita tu adalah pengalaman kawan kepada isteri dia dekat dapur. Kejadian tu berlaku dekat Perancis sebab kawan tu tinggal dekat sana.


Gambar hiasan

Kalau dah Melayu, mestilah tak boleh hidup tanpa sambal belacan kan. So, satu hari ni dia ada dapat belacan, apa lagi buat sambal belacan lah! Ikut petua orang dulu-dulu, kalau nak sedap kita kena bakar dulu belacan tu.

Pengalaman kawan wife aku yang tinggal kat France, dia excited dapat belacan, lepas tu grill belacan kat apartment sebab nak buat sambal belacan”


Gambar hiasan

Tapi, orang Perancis kan tak familiar dengan belacan, so terjadilah satu peristiwa. Belacan kan ada bau yang sangat kuat, so waktu dia bakar tu memang bau la sampai rumah jiran-jiran. Apa yang kelakarnya, jiran dia ingat tu bau benda lain!

Sekali p0lis ketuk pintu nak siasat sebab ada terima report dari kejiranan ada bau m4yat 😂”


Gambar hiasan

Alahai tak pasal-pasal kena soal dengan p0lis. Sambal belacan punya pasal!

Net1zen yang baca post tu dekat Twitter masing-masing terhibur dengan pengalaman kawan dia. Ada yang share jugak pengalaman kalau dekat Turki kena tunggu semua orang dah tidur baru boleh menumis.


Sumber: Twitter

Pastu ada juga cakap pasal makanan lain dari Malaysia yang ada bau kuat juga. Mau pengsan dibuatnya orang Perancis tu kan? Haha!

“Kalau bawa durian mau dorang repost kata ada gas ber4cun.”


Sumber: Twitter

Bau belacan memang busyukkk sikit. Tapi rasa dia sedap bhaiiii. Belacan kalau letak dalam certain masakan memang paduuuu, lagi umphhh! Siapa setuju?

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber: lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *