“Tak Gelap Mata Bila Dapat Wang..”- Waris MH 17 Wakafkan Kesemua Pampasan Bina Surau RM3.5 Juta. MasyaAllah..

Nahas kapal terbang MAS yang berlaku pada Julai 2014 merupakan antara memori pahit bagi rakyat Malaysia selain MH370. Kapal terbang yang jatuh selepas ditembak peluru perpandu di  40 kilometer dari sempadan Russia telah mengorbankan kesemua 298 penumpang didalamnya, termasuklah sebuah keluarga rakyat Malaysia.

Sekeluarga yang m4ut dalam nahas MH17 itu adalah Tambi Jiee, 49, dan isterinya Ariza Ghazalee, 46, serta empat anak mereka Muhammad Afif, 19, Muhammad Afzal, 17, Marsha Azmeena, 15, dan Muhammad Afruz, 13. Mereka yang berasal dari Kuching, berada dalam penerbangan pulang ke Malaysia selepas Tambi menamatkan perkhidmatan selama tiga tahun dengan syarikat Shell di Kazakhstan.

Berikutan dengan nahas yang berlaku, sejumlah wang pampasan telah dibayar kepada waris terdekat. Walau bagaimanapun, waris terdekat telah sepakat bagi mewakafkan kesemua wang pampasan tersebut untuk membina sebuah surau di Jalan Depo, Petra Jaya. Menurut sumber, surau hampir siap dibina itu dan diberi nama Al-Ghazali berkenaan dibangunkan dengan wang pampasan diterima keluarga terbabit. Pembinaan surau yang membabitkan kos anggaran RM3.5 juta tersebut boleh menampung seramai 450 jemaah.

 

Saham Akhirat

Netizen juga turut terharu dengan sikap yang ditunjukkan oleh waris keluarga terbabit.

 

Alhamdulillah…

Hebat Sungguh…

Waris enam sekeluarga terkorban tragedi MH17 terima sumbangan AS$30,000

Waris kepada enam mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di negeri ini iaitu Tambi Jiee, Ariza Ghazalee dan empat anaknya menjadi kumpulan pertama menerima sumbangan secara bayaran sekali gus berjumlah AS$5,000 setiap seorang mangsa daripada kerajaan hari ini.

Sumbangan berjumlah kese­luruhan AS$30,000 atau kira-kira RM117,000 itu disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim kepada abang Tambi Jiee iaitu Drahman Jiee, 61, dan kakak Ariza Ghazalee, Madzalina Ghazalee, 49.

Menurut Rohani, sumbangan tersebut sebagai tanda keprihatinan kerajaan terhadap waris mang­sa warga negara ini yang terkorban dalam nahas pada 17 Julai 2014 itu.

Katanya, seramai 43 mangsa rakyat Malaysia terkorban dalam nahas tersebut dan waris kepada Tambi, Ariza dan empat anaknya itu menjadi kumpulan pertama menerima sumbangan.

“Baki waris 37 mangsa lain akan menerima sumbangan itu dalam masa terdekat. Walaupun jumlah tersebut tidak seberapa berbanding nyawa yang hilang, namun ia sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban kewangan serta emosi dialami mereka.

“Setiap waris akan menerima AS$5,000. Hari ini waris Tambi, Ariza dan empat anaknya mene­rima sumbangan berjumlah kese­luruhan AS$30,000 untuk dibahagikan sesama mereka,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyerahkan cek kepada Tambi dan Madzalina di sini hari ini.

Seramai 11 ahli keluarga Tambi dan Ariza turut hadir dalam majlis ringkas tersebut.
Pada 18 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak me­ngumumkan bantuan kewangan secara bayaran sekali gus berjumlah AS$5,000 dolar AS kepada setiap waris penumpang dan kru warga Malaysia menaiki pesawat malang itu.

Dalam kejadian pada 17 Julai 2014 itu, pesawat yang dalam perjalanan dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur itu terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia dan mengorbankan kesemua 249 penumpang termasuk kru.

Mengulas lanjut, Rohani memberitahu, kaunselor daripada kementeriannya sentiasa bersedia pada bila-bila masa bagi memberikan khidmat kaunseling kepada waris-waris mangsa yang masih memerlukan.

“Sememangnya sukar untuk menerima hakikat mengenai kejadian tersebut. Mana-mana waris yang memerlukan khidmat kaunseling boleh menghubungi kementerian dan kita akan menghantar kaunselor untuk membantu,” ujarnya.

Sementara itu, Drahman berkata, beliau yang mewakili keluarga Tambi dan Ariza mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan atas pelbagai bantuan yang diberikan selama ini.

Mengulas mengenai pampasan dan insurans yang dijanjikan oleh MAS, Drahman membe­ritahu, pihaknya baru menerima bayaran pendahuluan sebelum ini dan belum menerima bayaran penuh.

“Kami masih menunggu. Segala dokumen sudah diserahkan dan mereka tidak ada memaklumkan bila ia akan dilunaskan,” jelasnya. sumber

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber: Utusan / Erin Sakura

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *