Tak ada sivik. Selamba mandikan anjing dalam bilik salin lampin di R&R

VIDEO ‘live’ wanita memandikan anjing di dalam bilik tukar lampin bayi di Kawasan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tapah arah selatan yang tular sejak kelmarin mengundang reaksi negatif netizen dan menganggapnya tidak menghormati sensitiviti agama lain.

Individu yang merakam video terbabit, Farah Shafiza Che Amat,29, berkata, dia yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur bersama suaminya, singgah ke R&R itu untuk ke tandas sebelum mendengar bunyi kecoh beberapa pekerja pencucian yang tidak berpuas hati dengan tindakan wanita itu.

“Saya terdengar bunyi bising dan melihat seorang wanita sedang memandikan anjing di bilik tukar lampin bayi membuatkan saya terfikir untuk buat video ‘live’ di Facebook selepas wanita itu tidak mengendahkan sesiapapun.

“Pekerja pencucian ada menegurnya dan saya sendiri juga menegurnya, namun dia buat tidak tahu, saya juga terdengar dia berkata yang anjing bukannya kotor pun,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Farah, kejadian itu berlaku kira-kira 3 pagi kelmarin dan wanita itu yang tidak mengendahkan beberapa individu yang menegurnya, kemudiannya beredar meninggalkan R&R berkenaan.

Video tersebut kini juga telah mula menular di laman Facebook.

 

 

Perbuatan wanita terbabit telah menimbulkan kemarahan orang ramai yang dianggap tidak bersivik

Image from Facebook Penang Kini

Image from Facebook Penang Kini

Image from Facebook Penang Kini

Image from Facebook Penang Kini

Image from Facebook Penang Kini

 

Katanya, atas dasar tanggungjawab, dia kemudiannya membuat laporan kepada PLUS Malaysia Berhad (PLUS).

Sementara itu, dalam satu kenyataan dikeluarkan PLUS dalam laman webnya memaklumkan persekitaran bilik tukar lampin bayi itu sudah disamak dan dibersihkan serta-merta supaya ia boleh terus digunakan oleh pelanggan.

“PLUS melahirkan rasa kesal dengan kejadian terpencil berkenaan yang mana wanita terbabit tidak menghiraukan teguran petugas dan pelanggan yang menyaksikan kejadian itu.

“PLUS ingin menegaskan seluruh kawasan R&R di sepanjang lebuh raya adalah kawasan larangan haiwan peliharaan untuk memastikan kebersihan dan keselesaan pelanggan lebuh raya.

“Justeru, PLUS memohon kerjasama semua pelanggan supaya mematuhi larangan terbabit demi keselesaan pelanggan yang lain,” katanya.

 

Big thumb 7e52

Big thumb b4cc

Big thumb 47d8

Big thumb 8d96

Big thumb f5f9

 

Janganlah buat perangai pelik lebih-lebih lagi di kawasan awam!

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber: hmetro / says.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*