Tahniah, Ummi Nazeera Rupa-Rupanya Telah Selamat Lahirkan Bayi Perempuan Rabu Lalu

 

[GAMBAR] Tahniah, Ummi Nazeera Rupa-Rupanya Telah Selamat Lahirkan Bayi Perempuan Rabu Lalu!

Tahniah MH ucapkan buat pelakon, Ummi Nazeera yang sudah pun selamat melahirkan bayi sulungnya, yang diberi nama Ayra Aneesah Mohd. Izzar Anwari jam 11.37 malam pada 22 Ogos lalu di Hospital Serdang, Selangor.

Aktres berusia 28 tahun itu melahirkan puteri sulungnya, awal sebulan daripada tarikh yang dijangka pihak doktor.

Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Datuk Zainul Abadin yang terkenal menerusi drama bersiri, Patahnya Sebelah Sayap itu melahirkan bayi perempuannya menerusi pembedahan Csect dengan kandungannya baru mencecah usia 34 minggu.

“Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Anak saya sihat dan sempurna,” katanya.

Terdahulu, Ummi dan suaminya, Izzar atau nama sebenar Mohd. Izzar Anwari Dato’ Sri Abdul Khani, 31, telah pun selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz pada pukul 10.45 pagi di kediaman bapa saudara Ummi, Datuk Aziz Mat Akhir di Bukit Tunku, Kuala Lumpur 23 Julai tahun lalu.

Beberapa jam lalu, Ummi turut memuat baik dua keping foto puteri sulungnya itu sambil mengharapkan bayinya kekal di bawah lindunganNya.

Dalam perkembangan lain, Ummi juga bakal muncul menerusi filem terbaharu, Gol & Gincu Vol. 2 terbitan Red Films pada 25 Oktober ini.

Turut sama terlibat di dalam filem berkenaan ialah Syafiq Kyle, Diana Danielle, Sazzy Falak dan ramai lagi.


Foto: Instagram Ummi Nazeera via MH

 

Bersalin Pada 22 Ogos Lalu, Ayra Aneesah Nama Baby Girl Ummi Nazeera… Comelnya!

 

Pelakon popular, Ummi Nazeera, 28, selamat melahirkan bayi sulungnya, Ayra Aneesah Mohd. Izzar Anwari pada jam 11.37 malam, 22 Ogos lalu.Melahirkan anak di Hospital Serdang, Ummi bersalin lebih awal sebulan daripada tarikh yang dijangka oleh pihak doktor.

Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Datuk Zainul Abadin melahirkan bayi perempuannya menerusi pembedahan Csect dengan kandungan baru mencecah usia 34 minggu.“Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Anak saya sihat dan sempurna,” kata Ummi ringkas.

Ummi dan suami, Mohd. Izzar Anwari Datuk Seri Abdul Khani, 31, itu selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz pada 23 Julai lalu.

Ummi bakal muncul dengan filem terbaharunya, Gol & Gincu Vol. 2 terbitan Red Films pada 25 Oktober ini.

Foto: Instagram Ummi & Izzar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*