Susulan Kes Cikgu Sado Tampar Murid. Polis Dah Lakukan Siasatan Dan Terbukti Rupanya..

Video diatas bukanlah video sebenar Cikgu sado yang di maksudkan, tapi beliau adalah seorang ‘reviewer’ yang sahaja yang membuat kesimpulan berkenaan kes ini.

Mengaku tampar murid, tapi tak kuat

POLIS sudah mengambil keterangan guru yang dikatakan menampar murid tahun dua hingga cedera di tengkuknya, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, pihaknya sudah memanggil guru berkenaan untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang berhubung kejadian itu, hari ini.

“Guru itu mengaku ada menampar murid berkenaan, namun tidak kuat hingga boleh mendatangkan kecederaan seperti dialami mangsa pada bahagian tengkuk kanannya.

“Malah, guru berusia 47 tahun itu ada membuat laporan polis berhubung kejadian itu,” katanya ketika dihubungi, di Kajang, hari ini.

Ahmad Dzaffir berkata, berdasarkan laporan polis dibuat guru itu, dia menafikan lebam itu akibat ditampar sebaliknya kesan itu dipercayai akibat penyakit beguk.

“Kami sedang menunggu laporan pemeriksaan kesan lebam terhadap mangsa yang dibuat di Hospital Kajang.

“Siasatan lanjut berhubung kejadian ini sedang dijalankan termasuk mengambil keterangan nenek mangsa dalam masa terdekat memandangkan kanak-kanak itu di bawah jagaan neneknya.

“Kertas siasatan berhubung kejadian ini sudah dibuka dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan mendatangkan kecederaan dengan sengaja,” katanya

Sementara itu, ibu kepada pelajar terbabit enggan untuk memberikan sebarang komen ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, pihak keluarga kini sedang menunggu laporan perubatan daripada pihak hospital sebelum membuat sebarang tindakan atau kenyataan lanjut.

Semalam, NSTP melaporkan seorang pelajar tahun dua cedera di bahagian tengkuk kanan dipercayai akibat ditampar guru sekolahnya.

Ibu kepada pelajar itu kemudian tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang berhubung insiden itu.

sumber Hmetro

Makcik Kepada Budak Yang Ditampar Guru Sado Sampai Senget Leher Tampil Beritahu Cerita Sebenar. Rupanya Bukan Kali Pertama Dia Menampar?

Mak saudara kepada murid tersebut tampil memberitahu cerita sebenar mengenai hal tersebut. Menurut laporan, Cikgu ‘sado’ Jan Raafi tersebut ada membuat laporan mengatakan dia di fitnah dan telah membuat laporan polis mengenai perkara tersebut.

Menurut laporan tersebut, beliau melaporkan kesan biru itu adalah nila dan cuka yang diletak oleh neneknya kerana anaknya itu disyaki terkena penyakit beguk. Beliau juga memberitahu memang sekarang ini beguk dan HFMD sedang menular di kalangan murid di sekolahnya.

Mak Saudara Cerita Hal Sebenar

“Kepada yang masih keliru dan memberi kecaman tidak bertempat, saya ingin menegaskan, INI BUKAN BEGUK, murid 8 tahun yg ditampar oleh cikgu sado (serba salah nak panggil dia ni cikgu, sebab cikgu saya semua baik2) masih dihospital kajang untuk penyiasatan dan pantauan”.

“Apa yg doktor beritahu, ini adalah kesan hentakan kuat sehingga pecah pembuluh darah. Takkan beguk doktor nak tahan kat hospital sampai 3 hari??? Cikgu tu nak tutup malu, sekolah nak tutup malu, manipulasi cerita dan report polis”.

“Ini anak saudara saya. Dia budak lagi, baru 8 tahun dan sgt rapat dgn sy. Tak ada masalah melawan org tua atau kurang ajar. Cikgu ni tunggu laporan doktor keluar, kau siap”!

“Buat keganasan satu hal, kau manipulasi cerita pulak satu hal. Bnda ni masih dalam siasatan polis. Harap bersarbar”.

Rakaman CCTV

Menurut Diyaa Kaif lagi, Guru tersebut ada bukti cctv mengenai kejadian yang berlaku dan dia juga masih menunggu rakaman cctv tersebut.

Tunggu laporan doktor

Walau bagaimana pon kita sebagai netizen yang baik jangan cepat melatah dan menghukum kerana kita sendiri tidak tahu perkara sebenar.

Hanya laporan doktor akan membuktikan segalanya samada Guru tersebut bersalah atau tidak. Keluarga murid tersebut sedang menunggu laporan doktor tersebut.

Bukan Kali Pertama

Menurut Diyaa Kaif , ini bukan kali pertama Guru tersebut menampar murid di sekolah tersebut. Terdapat beberapa murid juga pernah menjadi mangsa beliau. Dikatakan Guru tersebut mempunyai gelaran “penampar roti canai” kerana sudah ramai murid yang di tamparnya.

sumber Facebook Diyaa Kaif

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *