Surat Terbuka Mufti Wilayah Persekutuan untuk Osman Ali Pengarah Drama Isteri Untuk Di Sewa

KUALA LUMPUR: Status Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di laman sosial Facebook beliau tengah hari tadi berhubung sedang menulis surat terbuka kepada pengarah drama Isteri Untuk Di Sewa, Osman Ali menarik perhatian netizen.

Beliau dalam status berkenaan menyatakan surat berkenaan ditulis berikutan menerima beberapa isu berhubung isu fiqh drama yang ditonton semalam.

“Semalam setelah selesai solat Isyak, saya sengaja mengambil peluang menonton drama Isteri Untuk Disewa.

“Ada mustafti yang bertanya beberapa isu fiqh dalam drama ini. Insya Allah, saya sedang menyiapkan surat terbuka kepada pengarah drama ini,” katanya memetik status dalam FB rasmi beliau.

Sehingga jam 8 malam ini status berkenaan mendapat lebih 4,000 suka, 180 komen dan 1,500 perkongsian.

Drama adaptasi Novel Isteri Untuk Disewa karya Syamnuriezmil. Drama terbitan produksi Nuansa Sdn Bhd arahan Osman Ali disiarkan menerusi saluran Astro Gempak.

Ia menggandingkan lakonan Fattah Amin dan Tiz Zaqyah.

Mengikut sinopsis, drama itu mengisahkan Nur Adreiana seorang gadis yang sukakan warna merah jambu dan minat kepada Remy Ishak.

Nur menawarkan perkhidmatan menyelesaikan masalah hubungan percintaan.

Noah Ryzal pelanggan pertamanya ingin menyewa Nur menyamar menjadi isteri untuk sehari dengan bayaran lumayan.

Tujuannya supaya Noah tidak perlu berkahwin dengan pilihan keluarga.

Namun sewaan sehari menjadi dua minggu. Noah mula jatuh hati pada Nur.

Bukan Noah sahaja, Putera Raiyan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) tempat Nur bekerja, Imtiyaz Irdad kawan baik dari kecil, Suffi Naufal muka seiras Remy Ishak turut menaruh hati pada Nur.

Keempat lelaki ini melamar Nur, untuk dijadikan suami.

Serba Sedikit Berkenaan Drama Isteri Untuk Disewa

Drama Isteri Untuk Disewa

Nantikan drama adaptasi dari Novel karya Syamnuriezmil yang bertajuk Isteri Untuk Disewa yang bakal bersiaran pada bulan November 2018 menerusi siaran Astro Ria 104 & Ria HD 132. Menampilkan gandingan baru Tiz Zaqyah dan Fattah Amin serta menampilkan ramai pelakon yang berbakat. Drama Isteri Untuk Disewa adalah arahan Osman Ali di bawah terbitan Nuansa Sdn Bhd.

 

Tajuk Drama: Isteri Untuk Disewa

TARIKH TAYANGAN : November 2018

WAKTU TAYANGAN : Isnin – Khamis, 10:00 malam

SIARAN TV : Astro Ria 104 & Ria HD 132

PENULIS NOVEL : Syamnuriezmil

PENGARAH : Osman Ali

TERBITAN : Nuansa Sdn Bhd

PELAKON : Tiz Zqyah, Fattah Amin, Halim Radzi, Zaki Azeman, Harris Annuar, Lia Ntalia, Daniella Sya, Shah Kimin, Daaim Jailani, Zul Helmy, Nelissa Edreena, Sherry Aljeffri, Rashidah Jaafar, Kazar

 

Watak Pelakon

  • Tiz Zaqyah sebagai Nur Adreiana
  • Fattah Amin sebagai Noah Ryzal
  • Halim Radzi sebagai Suffi Naufal
  • Zaki Azeman sebagai Imtiyaz Irdad
  • Harris Annuar sebagai Putera Raiyan

Sinopsis Drama Isteri Untuk Disewa…

Sinopsis Drama Isteri Untuk Disewa – Mengisahkan Nur Adreiana  seorang gadis yang sukakan warna merah jambu dan minat kepada Remy Ishak.  Nur menawarkan perkhidmatan menyelesaikan masalah dalam hubungan percintaan. Noah Ryzal  adalah pelanggan pertamanya yang ingin menyewa Nur untuk menyamar menjadi isteri dalam sehari dengan bayaran yang lumayan. Tujuannya supaya Noah Tidak perlu berkahwin dengan pilihan keluarga.  namun sewaan sehari menjadi dua minggu. Noah pula mula jatuh hati pada Nur.

Bukan Noah sahaja, Putera Raiyan, CEO tempat Nur bekerja, Imtiyaz Irdad kawan baik dari kecil, Suffi Naufal muka seiras Remy Ishak  turut menaruh hati pada Nur.

Keempat mereka melamar nur, siapakah yang bakal menjadi pilihan hati Nur?

Trailer Isteri Untuk Disewa

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber: BH / Gempak / fiksyenshasha

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*