Stroller ada anak patung ditinggalkan, taktik baru penjah4t untuk cvlik & r0mpak

Pelbagai cara dilakukan oleh penjenayah bagi mendapatkan keinginan serta menjayakan misi mereka tanpa ditangkap pihak berkuasa.

Kebiasannya sasaran golongan tersebut adalah kaum wanita dimana kudrat yang tidak mampu melawan dan mudah tersentuh hati dalam situasi tertentu.

Itu dapat digambarkan dengan taktik licik terbaru penjenayah apabila sengaja meletakkan stroller bayi serta anak patung di dalamnya terutama sekitar tempat sunyi seperti di taman permainan atau rekreasi.

Tujuan mereka adalah bagi memperdayakan mangsa yang sudah tentu mendekati stroller berkenaan yang menganggap terdapat bayi ditinggalkan.

Apabila mangsa sudah masuk ‘perangkap’ ketika sedang memeriksa stroller, penjenayah yang menyorok di sebalik pokok akan bertindak untuk menyeret mangsa ke kawasan terpencil.

Ini secara tidak langsung membuatkan peluang penjenayah untuk merompak, menculik atau merogol adalah sangat tinggi kerana berada di tempat sunyi.

Posting yang dimuat naik seorang pengguna Facebook itu mendapat lebih 20,000 perkongsian serta 5,800 tanda suka yang rata-rata turut memberi peringatan kepada keluarga masing-masing.

Sumber : DC Conan via OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *