Setahun simpan rahsia, Ustaz Firdaus Wong dedah cerita di sebalik pengislaman Michael Ang

Menjelang bulan Ramadhan, hari ini Malaysia telah dikejutkan dengan berita gembira penghijrahan pengarah dan penerbit Michael Ang yang baru-baru mengumumkan telah memeluk agama Islam.

Berita gembira ternyata disambut baik oleh orang ramai yang nyata terharu dengan kisah penghijrahan pengarah tersebut, yang sebenarnya telah setahun bergelar saudara baru.

Selamat kembali ke agama Islam…

Berita gembira itu disahkan oleh pendakwah terkenal menerusi IG, yang juga seorang muallaf Ustaz Firdaus Wong, antara individu bertanggungjawab menguruskan membantu Michael.

Urusan pendaftaran Michael sebagai Muslim secara rasmi juga turut dibantu oleh Ustaz Sheikh Hussain Yee, di bawah NGO milik pendakwah itu, iaitu Multiracial Reverted Muslims (MRM).

Kami dah janji untuk rahsia…

Menurut ustaz Firdaus, majlis pengislaman itu diadakan di rumah pengarah tersebut dan berita itu dirahsikan atas permintaan pengarah kerana mahu betul-betul bersedia.

Tambahnya lagi, masyarakat perlu memberi ruang buat Michael untuk mendalami Islam dengan lebih dekat lagi, dan jangan menimbulkan unsur-unsur negatif sebaliknya memberi dorongan dan sokongan kepada pengarah itu.

Ramai masuk Islam rahsiakan status agama..

Menurut komen daripada netizen, hakikatnya ramai lagi yang merahsiakan kisah pengislaman mereka, mungkin masih belum bersedia.

Namun, rata-rata komen daripada netizen meluahkan rasa syukur dan terharu dengan keputusan Michael memilih Islam sebagai pegangan hidup.

Semoga Allah pelihara imannya…

Sebaknya, semoga hati Michael teguh dengan Islam

Allah berhak memberi hidaya pada sesiapa yang dikehendakinya…

 

Alhamdulillah, semoga diberi ganjaran besar oleh Allah buat kesemua individu secara langsung atau tidak yang telah berjaya membawa seorang lagi saudara Islam, supaya dapat dirasai manisnya iman.

Sumber : Ustaz Firdaus Wong

Artikel berkaitan: “Assalamualaikum saudara” – Rakan Artis dan Netizen raikan Michael Ang peluk Islam

SELEPAS pelbagai spekulasi, pengarah dan penerbit, Michael Ang akhirnya membuat pengakuan bahawa dia sudah memeluk agama Islam kira-kira setahun lalu.

Menurut Michael, dia berkongsi dengan masyarakat tentang perkara itu kerana enggan membiarkan masyarakat terus berteka-teki mengenai status agamanya terutama apabila dia mengunjungi masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

“Alhamdulillah, kini sudah lebih setahun saya bergelar seorang Muslim. Saya dah sedia memberitahu semua mengenai perkara ini. Sejujurnya, selama saya mendalami agama Islam, masih ada banyak perkara yang saya harus pelajari.

“Untuk saya mula tunaikan solat Jumaat, lebih baik saya berterus terang daripada ada orang melihat saya di masjid dan memperkatakan tentang perkara ini.

Michael Ang masih belajar tentang Islam.

“Sebenarnya, kalau boleh tak nak memperbesarkan kerana ini antara saya dan Allah,” katanya secara eksklusif menerusi laman Youtube Official Ria X pada Selasa.

Sementara itu, pengarah filem Kimchi Untuk Awak ini meminta peminat mendoakan yang terbaik dan berharap penghijrahannya ini diberkati.

“Doakan sahaja saya kekal di jalan ini dan saya alu-alukan segala tunjuk ajar. Semoga kita semua menjadi yang terbaik di sisi Allah,” katanya.

 

Keputusan memeluk Islam menerima komen positif peminat.

Sebelum ini, pemilik nama Michael Ang Hai Swee ini dikatakan sudah memeluk agama Islam apabila memberitahu mula belajar berpuasa pada Ramadan tahun lalu.

Menerusi muat naik terbaharu di Instagram, ramai peminat meninggalkan komen mengucapkan syukur di atas penghijrahannya itu.

“Alhamdulillah, dah setahun Michael peluk Islam. semoga sentiasa dibukakan pintu rezeki.

“Alhamdulillah, kami sangat berbangga dengan kamu. Bertambah seorang lagi umat Nabi Muhammad, nanti puasa penuh ya,” komen peminat.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber: mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *