Seminggu Diculiik, Remaja 17 Tahun Dirog*l Berkali-kali Kerana Kekasih Tak Bayar Hutang

Kita perlulah sentiasa berhati-hati dalam memilih rakan. Hal ini adalah supaya dapat mengelakkan kita daripada terlibat mahupun menjadi mangsa kepada masalah yang dihadapi oleh rakan itu.

Terbaru, menurut The Star, seorang remaja perempuan telah diculiiik dan dikurung gara-gara kekasihnya gagal membayar hutang.

Menurut NST, penderitaannya berakhir apabila kediaman tempat dia dikurung oleh penjenayah terbabit telah diserbu oleh polis pada pagi semalam yang terletak di Kuala Sungai Yan, Yan, Alor Setar. Remaja malang itu telah ditemui dalam keadaan lemah, trauma dan ketakutan.

Gambar hiasan

Mangsa yang berusia 17 tahun itu bukan sahaja diculiik oleh seorang pengedar dadah yang berusia 50an, tetapi lebih malang lagi dia telah dirog*l berkali-kali oleh enam orang lelaki. Berdasarkan kenyataan remaja itu, dia telah dikurung di dalam stor rumah selama seminggu dan dirog*l selagi kekasihnya tidak membayar hutang dadah kepada pengedar tersebut.

Gambar hiasan

Melalui serbuan tersebut, polis berjaya menangkap pengedar dadah itu bersama lima orang lelaki lain yang berusia dalam lingkungan 20an hingga 50an yang berada di dalam rumah itu.

Suspek utama yang ditangkap ada di dalam senarai dikehendaki polis di atas 33 kes jenayah termasuk mengugut, pemilikan senjata berbahaya, rompakan, pengedaran dadah dan pecah rumah.

Gambar hiasan

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Asisten Komisioner Mior Farid Al Athrash Wahid memberitahu bahawa pasukan polis telah mendapat maklumat mengenai penculiikan itu pada Isnin lalu.

Kami percaya kes ini terjadi apabila kekasih mangsa gagal membayar hutang. Akibatnya, remaja itu diculiik.”

Selain itu, pihak polis akan menyoal siasat kekasih remaja tersebut kerana dipercayai mengetahui hal penculiikan mangsa tetapi tidak melaporkan kepada polis Sementara itu, di dalam serbuan itu, polis telah menyita sebuah kereta Proton Perdana dan kereta BMW, dua buah motosikal berkuasa tinggi, topi keledar, beberapa biji telefon bimbit, televisyen, dan pembesar suara yang dipercayai semuanya telah dicuri.

Sumber: NST
Sumber: NST

 

Difahamkan kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 376 dan 342 Kanun Keseksaan atas jenayah merog*l dan menculiik.

Aduhai… Kesiannya.. Boyfriend dia yang berhutang, dia pulak yang kena.

Nota: Gambar yang digunakan adalah sekadar hiasan.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber: lobakmerah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*