Selepas Tular Video Nyanyi Lagu Dato Siti, Gadis Bertuah Ini Dilamar Rakam Lagu Melayu

Siapa sangka, video yang pernah tular satu ketika dahulu membuka rezeki untuk Hashmitha Selvam bertapak dalam dunia muzik Melayu.

 

Bernaung di bawah Datu Entertainment, sebelum ini Hashmitha pernah bergiat aktif dalam dunia muzik Tamil tempatan.

Sebagai persiapan, Hashmitha sudah siap merakamkan single Bahasa Melayu pertamanya, ciptaan Room None, liriknya oleh Iman Imran dan single terbabit belum diputuskan tajuknya.

 

Image result for hashmitha selvam

Hashmitha juga sudah selesai menjalani proses penggambaran muzik video dan menerusi naskah terbabit, Hashmitha digandingkan dengan pelakon Erwin Dawson.

Lagu dan muzik video Hashmitha bakal dikeluarkan tidak lama lagi dan semestinya dia sudah tidak sabar mahu menggegarkan dunia muzik tempatan!

Lagu Asal: Dato’ Siti NurHaliza

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*