Selepas Tujuh Tahun Berkahwin Dengan Lisa Surihani, Yusry Luah ‘Sesuatu’ di IG Tentang Rumahtangga Mereka

“ Sayang, kita sudah hidup bersama selama tujuh tahun. Sudah pasti dalam mana-mana perkahwinan ada masa susah dan senang. Saya sangat cintakan awak.

” Selamat Hari Kita 7,” kata pelakon dan pengarah terkenal Yusry Abd Halim sempena meraikan ulang tahun perkahwinannya yang ketujuh bersama pelakon popular Lisa Surihani.

Yusry, 45, menerusi Instagram berkata, dia bersyukur kerana mereka dapat melalui segala cabaran dan ikatan rumah tangga mereka semakin kukuh setiap hari.

”Sayang, we’ve been together for 7 years. Of course in any marriage there’ll be good times & bad. But looking back, I’m thankful that we went through it all together and came out stronger with every passing day. Thank you for being there for me & the kids. I love you so much Selamat Hari Kita 7″, itu kapsyen penuh yang ditulis Yusry.

“ Terima kasih kerana berada di sisi saya dan anak-anak kita,” tulisnya.

Lisa, 32, juga memuat naik beberapa gambarnya dan Yusry mengimbau kenangan dalam perhubungan mereka dulu di akaun Instagram miliknya.

“ Saya sangat berterima kasih kerana kita dapat mempelajari untuk mengukuhkan cinta dan nilai positif dalam perhubungan. Ia perjalanan cinta yang sangat menarik buat dua individu yang berbeza seperti kita.

“ 23 February 2019 : 7 tahun lalu dan seterusnya. Selamat Hari Kita, Yang.” tulisnya.

Perkongsian Yusry dan Lisa itu turut mendapat perhatian daripada rakan artis dan peminat yang turut mendoakan perkahwinan pasangan ini berkekalan hingga ke akhir hayat.

Yusry dan Lisa berkahwin pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Yahaira Leanne dan Yusof Leonne.

” Yusri.. lisa tengah hot n single n sangat preety sewaktu decide u hubby dia.. now dh dpt sepasang anak.. bhgia nyer.. so please jaga lisa like a beauty princess in heaven.. alhamdulillah..”

” Semoga rumah tangga subur rasa cinta dalam sakinah mawaddah dan rahmah hingga jannah Nya. Aamiin..”

” Happy anniversary yang ke7 kak @lisasurihani & abg @yusryabdhalim ..moga masjid yang dibina berkekalan & bahagia selalu…”

” Happy anniversary Yusry n Lisa…semuga kekal bahagia hingga Syurga. Very loving couple. Nice to see U together..”

Pelakon Lisa Surihani mengimbau kenangan dan perasaannya sewaktu pihak keluarga Yusry Abdul Halim datang menghantar tanda melamarnya pada 21 Disember 2011.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram (IG) peribadinya, Lisa Surihani memuat naik foto mereka berdua ketika majlis tersebut.

Lisa Surihani menceritakan bagaimana dia bersetuju untuk menerima lamaran tersebut.

“ 21 Disember 2017 – Hari Hantar Tanda.

“ Ini ketika Yusry baru sahaja sampai selesai acara tersebut.

“ Dia tunggu di luar masa pihak keluarganya melamar saya.

“ Saya kenyit mata senyum tanda setuju.

“ Perasaannya sangat gembira bila kami buat persiapan untuk majlis nikah dan resepsi yang berlangsung pada Februari 2012.

“ Puas ada. Teruja pun ada.

“ Keluarga dan kawan rapat semua ada bersama ketika itu.

“ Banyak kenangan manis pada hari itu,” tulisnya.

Sumber: hmetro & IG Yusry via news viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*