Sebelum Acap, Ini 4 Kisah Hilang Yg Pernah Menggemparkan Negara, Juga Ada Dikaitkan Dengan Kisah Misteri

Malaysia digemparkan dengan kehilangan Acap atau nama sebenarnya Mohammad Ashraf Hassan (29) yang disahkan hilang ketika mengikuti acara larian, Gopeng Ultra Trail di kawasan Gua Tempurung, Kampar pada 24 Mac 2019 lalu. Dikatakan bahawa Acap bersama 485 peserta lain memulakan larian dari Gua Tempurung namun rakannya, Mohd Farid memaklumkan bahawa Acap tidak sampai ke garisan penamat.

Sejurus mendapat laporan, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menghantar 11 anggotanya yang juga disertai oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia juga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Perak. Malah ibu Acap, Siti Maznah Khamis (62) turut menyertai misi pencarian anaknya itu dengan meredah hutan dan mendaki bukit walaupun dengan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.

Mohammad Ashraf Hassan (Gambar : Gopeng Ultra)

Gambar : Gopeng Ultra

Gambar : Gopeng Ultra

Gambar : Gopeng Ultra

Gambar : Gopeng Ultra

Sehingga kini, semua pihak dari pasukan penyelamat, renjer hutan, orang kampung malah orang awam yang bersimpati dengan kehilangan Acap turut mengikuti misi pencarian tanpa lelah. Tidak kira malam mahupun siang, semua cara dan teknik telah digunakan untuk menjejaki beliau.

Namun, itu bukanlah kes yang pertama terjadi seumpamanya. Beberapa kejadian mangsa yang hilang ketika mendaki bukit mahupun . gunung pernah ‘menghantui’ negara kita. Bahkan, mungkin ada diantara kisah ini yang mula pudar dari ingatan anda kerana sudah lama berlaku. Manakan tidak, ada di antara kejadian yang bakal kami dedahkan nanti sudah berusia lebih 10 tahun.

1) Pemuda Hilang Lebih Seminggu Di Broga Dakwa Disorok ‘Sesuatu’

Seorang pemuda, Mohd Azarul Mukhriz Abd Rahman, berusia 20 tahun telah dilaporkan hilang pada 22 Januari 2017 ketika mendaki Bukit Broga, Semenyih. Beliau malah tidak mempunyai sebarang kelengkapan mahupun makanan ketika ‘hilang’ di atas bukit itu selama seminggu.

Ajaibnya, beliau ditemui oleh pasukan sukarelawan penyelamat yang membantu dalam misi pencarian pada 11.30 pagi 28 Januari 2017 dalam keadaan selamat namun telah dimasukkan wad akibat dehidrasi. Azarul dijumpai di trek di antara Broga dan Gunung Tokwan.

Benar kisahnya tular ketika beliau hilang, namun ternyata apa yang mengejutkan adalah apabila Azarul mendakwa bahawa beliau telah disorok oleh puteri bunian.

Mohd Azarul Mukhriz Abd Rahman ynag ditemui oleh para sukarelawan (Gambar : Lekatlekit)

Satu rancangan yang cakna tentang isu semasa yang tular telah menjemput Azarul sebagai tetamu jemputan untuk berkongsi kisah mengenai pengalamannya sepanjang seminggu di atas bukit itu. Dalam temubual tersebut, pengacara ada melahirkan rasa pelik apabila Azarul boleh hilang di Broga kerana setahunya, Broga merupakan tempat tumpuan ramai pengunjung.

Azarul menceritakan bahawa beliau boleh tersesat apabila beliau cuba untuk mengikuti jejak seorang budak kecil berpurdah. Azarul juga menjelaskan bahawa beliau ketika itu seperti dipukau, hanya mengikuti kanak-kanak perempuan itu. Lebih mengejutkan apabila Azarul dengan yakin mengatakan bahawa beliau telah dijaga oleh bunian.

Menurut Azarul, kejadian yang aneh itu berlaku sekitar jam 6.30 hingga 7.00 malam dan ‘orang’ yang menyelamatkannya itu menggelarkan dirinya sebagai bunian. Azarul turut ‘mendefinisikan’ sempadan bunian sebagai (kawasan) gua. Azarul telah masuk ke dalam gua yang lapang, berpasir dan sangat luas.

Dihadapan gua terletak perkampungan yang dikatakan sebagai ‘perkampungan bunian’. Namun Azarul tidak meneruskan perjalanannya hingga ke hujung, cukup sampai di situ sahaja. Beliau turut menemui sebuah keluarga yang memakai jubah putih dan berpurdah yang akan mengejutnya untuk untuk bangun pagi, solat dan membaca Al-quran.

Gambar : Youtube

Apa yang membuatkan Azarul boleh kembali semula ke ‘dunia’ kita adalah ketika seekor ular yang terjatuh di atas badannya berkata:

” Ikut cahaya matahari”

Malah ibu kepada Azarul juga pernah bermimpi anaknya itu datang kepadanya untuk menyatakan bahawa beliau masih ada dan meminta agar ibunya jangan khuatir.

2) “Umai Masih Hidup” 19 Hari Pelajar Perempuan Ini Sesat Di Gunung Tahan

Umai atau nama sebenarnya Nur Umaisarah Sameon merupakan salah seorang pelajar diploma bidang perakaunan di Universiti Teknologi (UiTM), Arau Perlis. Beliau telah pergi bersama 35 orang rakannya untuk pergi ke Gunung Tahan bagi melaksanakan aktiviti unit beruniform universitinya.

Gambar : Youtube

Kejadian itu berlaku ketika Umai dan rakan-rakan hendak turun setelah tamat ‘Ekspedisi Tawan Gunung Tahan’. Umai terleka sebentar kerana ingin melihat pohon bonzai tanpa menyedari dirinya telah jauh dari rakan-rakan yang lain. Beliau mula panik dan mula untuk melaung takbir azan dan memanggil nama rakannya namun tiada sahutan.

Malangnya ketika berusaha mencari jalan keluar, Umai telah terjatuh dan mengalami kecederaan pada bahagian lutut kirinya. Beliau tetap kuat untuk mencari jalan keluar, apabila rasa sakit tadi mula reda barulah beliau meneruskan perjalanan. Coklatlah yang menjadi ‘penemannya’ untuk mengalas perut.

Umai teringat apa yang dipelajarinya iaitu untuk mencari air terjun jika tersesat di dalam hutan. Umai beruntung apabila beliau cepat menemukan air sungai namun perjalannya masih jauh dan sepanjang beliau berada di hutan, Umai hanya bergantung kepada air sungai untuk minum.

Gambar : Mensive

Jika sebelum ini jalan Umai hanya dipenuhi dengan pokok dedaun tebal, pada hari ke-19, Umai telah menemui ‘trek’. Beliau berjalan mengikuti trek tersebut dengan tak berdaya. Umaisarah berjalan ke arah cahaya terang (seolah-olah neon) lalu pengsan. Umaisarah telah berjaya ditemui di sebuah kem berkhemahan dan akhirnya terselamat.

3) Kehilangan yang Mencipta Tragedi, 4 Orang Kanak-Kanak Orang Asli Mavt, 2 Selamat dan 1 Hilang

Tahun 2015 telah ‘menerbitkan’ suasana sayu apabila sekumpulan kanak-kanak yang bertindak melarikan diri ke hutan dari asrama Sekolah Kebangsaan Pos Tohoi, Gua Musang akibat takut dikenakan hukuman akibat mandi sungai. Ramai pihak yang terlibat dalam misi menyelamat ini antaranya adalah pasukan gerakan am, pegawai pendidikan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia.

Berita kehilangan itu ditutup dengan penemuan rangka yang disahkan milik salah seorang kanak-kanak yang hilang itu. Pencarian itu memakan masa lebih dari 50 hari bermula 23 Ogos 2015 sehingga 1 oktober 2015. Kanak-kanak yang dijumpai dalam keadaan selamat mengalami dehidrasi yang teruk dan bertubuh kurus kering.

Antara kanak-kanak yang selamat (Gambar : JPBM)

Gambar : JPBM

4) Hilangnya 10 tahun lalu, Sehingga Kini Tiada Jejak ditemui

Hassan Ayat, nama yang pernah meniti di mulut-mulut masyarakat yang mendoakannya. Beliau dilaporkan hilang lebih dari 10 tahun yang lalu pada tanggal 15 Februari 2009 di Gunung Yong Yap. Malah nama beliau juga sememangnya sering disebut-sebut sebagai pendaki yang gemar menyertai aktiviti lasak dan ekspedisi memanjat gunung.

Gambar : eqalichazlin

Ayat disedari hilang ketika rakan-rakannya berhenti rehat sewaktu menuruni gunung tersebut. Berita tentang kehilanganya itu ternyata mendapat liputan dari media dan orang awam yang turut serta membantu mencari Ayat. Namun pencarian selama 21 hari itu menemui jalan buntu apabila beliau tetap tidak dapat ditemukan.

Gambar : eqalichazlin

Dan sehingga kini, biar pun sudah menjangkau ‘usia’ 10 tahun, nama dan kejadian yang menimpa Ayat Hassan tetap akan menjadi pengajaran dan peringatan kepada semua terutamanya mereka gemar mendaki gunung.

 

Rujukan :

1] BERNAMA, 30 Mac 2019, Dipetik dari Bomba Akan Terus Cari Acap pada 3 April 2019.

2] Austin, 29 Januari 2017, Dipetik dari Azarul Mukhriz ‘Dijaga Seseorang’ Di Bukit Broga pada 3 April 2019.

3] Srihanasham Noordin, 11 Februari 2008, Dipetik dari Pelajar Hilang Di Gunung Tahan pada 3 April 2019.

4] Astro Awani, 12 Oktober 2015, Dipetik dari Kronologi : Misteri 7 Pelajar Orang Asli Hilang di Pos Tohoi, Gua Musang pada 3 April 2019.

5] Zaitie Satibi, 29 Mac 2019, Dipetik dari Cabaran Gunung Yong Yap pada 3 April 2019.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber : SiakapKeli

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*