“Saya Tak Minum Ar4k Dan Hisap Rok0k Bukan Kerana Saya Jaga Kesihatan Tetapi Kerana…” – Kata-Kata Khabib Ini Buat Musuh Respect

SATU sisi menarik mengenai juara Lightweight dunia, Khabib Nurmagomedov pastinya berkisar mengenai kehidupan peribadinya yang jarang dikongsi dengan umum.

Memiliki seorang isteri dan dua anak, dia tidak gemar berkongsi kisah hidupnya dengan orang ramai.

Setiap kali pulang ke kampung halaman, Khabib tinggal bersama dengan isteri, anak, ibu dan bapanya di sebuah apartmen.

Selain berlatih, dia tidak melupakan ibadah dan gemar mendengar muzik Rusia.

Sewaktu ditemui Los Angeles Times suatu ketika dahulu, Khabib menegaskan agama dan iman adalah perkara terpenting dalam hidupnya.

“Kamu pergi ke masjid sebab tiada sesiapa pun yang sempurna.

“Semua buat silap dan mesti mohon keampunan dengan Allah. Kita harus bersikap jujur dan ia adalah perkara paling penting dalam hidup,” kata Khabib.

Malah, dia juga mahu menjadi inspirasi yang baik kepada golongan muda di luar sana.

“Saya lihat Nate Diaz menghisap g4nja dalam TV. Saya tak mahu anak-anak saya hisap g4nja.

“Ada sebab kenapa kita ada di sini. Saya tak hisap rok0k dan minum.

“Bukan kerana saya jaga kesihatan untuk kerjaya sukan tetapi kerana saya Muslim,” ujarnya lagi.

Menerusi temubual itu, Khabib mengakui takut kerana tidak tahu bila masanya dia akan meninggal dunia.

“Saya ada keluarga, anak, kawan dan kerjaya. Saya dah umur 30. Berapa lama saya akan hidup?

“Saya tak nak hidup gil4-gil4. Saya percaya apabila menIinggal, Allah akan tanya segala perbuatan saya,” katanya lagi. – Heavy.com.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber: mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*