“Saya nampak diri dia tu plastik” – Janna Nick

Janna enggan mendedahkan siapa individu yang dimaksudkannya itu. Foto: LOW LAY PHON.

KUALA LUMPUR: Pelakon Janna Nick mengakui ada dalam kalangan selebriti sengaja berpura-pura baik semata-mata untuk mendekatinya.

Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 23, berkata status yang dimuat naik di Instastorynya baru-baru ini sememangnya ditujukan kepada individu tersebut.

Bagaimanapun, pengacara program Melodi ini enggan mendedahkan nama individu tersebut kerana tidak mahu namanya dikaitkan dengan orang bersikap seperti itu.

Status yang dimuat naik Janna di Instastorynya.

“Saya tak komen fasal ini sebab bagi saya, yang plastik tu biarkan plastik. Kalau boleh saya tak nak libatkan dengan orang seperti itu.

“Status yang saya muat naik itu memang ditujukan pada individu tersebut dan harap dia terasa la. Saya tak nak dedah siapa orang itu.

“Tapi orang tu jarang nampak tapi dia cuba untuk merapatkan diri dengan saya,” kata Janna kepada mStar Online.

 

Janna sudah lama menyedari sikap individu tersebut.

Janna ditemui ketika Majlis Tayangan Perdana Program Raya Astro 2018 di Hotel Majestic, di sini, pada Isnin.

Pelakon drama bersiri Isteri Untuk Diiktiraf ini diminta mengulas status di Instastorynya yang ditujukan kepada seseorang yang berpura-pura baik dengannya.

Tambah Janna lagi, dia sudah lama menyedari sikap individu tersebut dan mula belajar untuk menerima.

 


Janna Nick

 

“Ada kejadian-kejadian yang membuatkan saya nampak diri dia tu plastik. Saya dah lama tak tahan benda, cuma lama-kelamaan saya belajar menerima.

“Saya bukan orang yang bermuka-muka dan saya orang yang sangat jujur. Kalau dia nak plastik dengan saya, tak payah la,” ujarnya.

Dalam pada itu, Janna turut menasihati rakan-rakan industri agar tidak berpura-pura baik jika tidak menyukai atau membenci artis lain.

“Nasihat rakan-rakan industri, kalau tak suka, membenci sama-sama artis tu tak perlu berpura-pura baik.

“Bila dah menerima orang lain dalam hidup kita dengan niat nak berkawan tapi keikhlasan itu dipijak-pijak.

“Sebab tu saya berhati-hati dalam industri ini tak boleh percaya semua. Tapi saya terima sahaja sesiapa nak berkawan dengan saya,” katanya.

Kredit: Mstar Online

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*