‘Saya menangis satu minggu, tidur dan makan tidak boleh’ – Chong Wei mengaku hatinya remuk

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengaku hatinya remuk apabila diberitahu menghidap kanser hidung, beberapa bulan lalu.

“Saya menangis satu minggu … saya tidak boleh makan, tidur pun tidak boleh,” kata Chong Wei, dalam satu sidang media khas di ibu pejabat Persatuan Badminton Malaysia (BAM), di sini hari ini.

Namun, katanya beliau harus kekal tenang ketika menjalani rawatan di sebuah hospital swasta di Taiwan.

“Saya dirawat oleh tujuh orang doktor, empat daripada mereka adalah peminat saya, dan mereka sangat mengharapkan agar saya dapat kembali bermain seperti biasa secepat mungkin,” katanya.

“Perlu kuat dan tabah dan kehidupan perlu diteruskan. Rawatan kanser saya sangat sukar, makan tidak boleh dan saya hanya mampu minum susu,” kata Chong Wei.

Chong Wei, 36, turut mendedahkan beliau baharu sahaja pulang dari rawatan susulan di Taiwan semalam (Rabu).

“Doktor lebih memahami keadaan tubuh saya. Buat masa ini, saya hanya menjalani latihan biasa, tiga kali seminggu untuk mengekalkan tahap kecergasan saya,” kata Chong Wei, sambil menambah latihan fizikal itu hanya dijalankan di rumah.

Memandangkan tahap kesihatannya, Chong Wei turut berkata keluarganya tidak menggalakkan beliau untuk kembali aktif dalam arena badminton.

“Isteri saya (Datin Wong Mew Choo) juga tidak begitu menggalakkan saya untuk menyambung karier saya ini. Namun, atas dasar sayangkan badminton, mereka akur dengan keputusan saya untuk terus bermain,” kata Chong Wei.

Sementara itu, Chong Wei berkata beliau tekad untuk meneruskan kariernya sehingga ke temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 nanti.

Menurutnya, dia yakin kondisi kesihatannya sempurna dan mampu beraksi semula seperti yang dimaklumkan oleh tujuh pasukan doktor perubatan dari Taiwan.

“Saya sayang badminton dan ini untuk Malaysia,” katanya lagi.

Sebelim ini, Chong Wei telah menerima rawatan kanser hidung selama dua bulan di Taiwan. Beliau dibenarkan pulang ke tanah air pada awal Okt, namun sebelum tiba di Malaysia, beliau telah berpesan kepada pihak media tempatan untuk tidak menunggunya.”Saya menerima banyak permintaan untuk ditemu ramah namun, keadaan saya waktu itu keadaan saya tidak mengizinkan saya bertemu media. Leher saya terbakar akibat rawatan barah itu,” katanya.

 

Kanser bukan penghalang untuk emas Olimpik Tokyo – Chong Wei

Turut hadir di sidang yang sama, Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR

Menghidap sakit kanser tidak menjadi penghalang buat jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei untuk mencapai impiannya untuk berbakti kepada negara termasuk memburu pingat sulung sukan Olimpik negara.

“Kanser bukan penghalang untuk saya beraksi di Sukan Olimpik Tokyo, emas tetap menjadi keutamaan saya,” kata Chong Wei sekali gus menamatkan spekulasi mengenai persaraannya di dalam arena badminton.

“Saya akan cuba kembali secepat mungkin ke gelanggang selewat-lewatnya Disember ini, sekarang saya hanya menjalani latihan di rumah.

“Namun saya perlu menjalani rawatan setiap tiga bulan di Taiwan bagi memastikan tahap kesihatan saya berada di dalam keadaan yang baik,” katanya dalam sidang media khas di Akademi Badminton Malaysia Bukit Kiara, di sini hari ini

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber; Astro Awani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*