“Saya dibelasah suami, perut dipijak sampai bocor ketuban” – Isteri dipaksa berp0ligami saat mengandung , di’hentam’ suami selepas ‘slow talk’ dengan si janda bakal madu

Semenjak kes seorang ilmuan agama menjandakan isterinya demi bersama dengan janda pilihan, ramai wanita yang tampil berkongsikan pengalaman rumah tangga masing-masing yang mendakwa dianiaya oleh suami yang tidak bertanggungjawab.

Berkongsikan pengalamannya di Facebook Ustaz Ebit Lew, wanita itu mendakwa lelaki yang pernah menjadi suaminya itu pernah memijak perutnya semata-mata mahu kandungan itu gugur selepas termakan helah si janda durjana.

Pernah meminta untuk mempertimbangkan semula keputusan itu, namun suami lebih mementingkan nafsu dirinya berbanding isteri yang sarat mengandung. Tergamak si suami menganiaya isteri dan zuriatnya.

SAYA pernah lalui dah ustaz. Baby nak masuk usia dua bulan dalam perut. Saya dipaksa redha untuk poligami. Saya rayu minta nikah selepas saya habis berpantang sebab saya takut tidak dapat kawal emosi.

Saya cuba untuk redha, tetapi air mata 24 jam mengalir tanpa henti. Ditambah pula desakan dari si janda. Sedih tak boleh nak kawal.

Saya cuba slow talk dengan si janda. Tetapi dia mengadu dengan suami dan kata saya marah dia sedangkan itu semua dusta belaka.

Saya dibelasah suami sampai bocor ketuban. Sakit badan saya dipukul, ditolak sampai tersandar ke dinding, ditarik rambut, kepala dihantuk ke lantai yang kemudian dihentak pula dengan beg baju besar di atas kepala. Tidak cukup dengan itu, dia tarik saya dan pijak perut saya supaya baby gugur katanya.

Ya Allah, saya sakit sangat diperlakukan seperti itu, hanya Allah saja yang tahu. Sampai lembik dan tak bermaya saya dikerjakannya.

Allah Maha Kuasa, baby saya dah berusia lima tahun membesar dengan baik.

Saya selalu berdoa semoga ada balasan untuk mereka berdua yang telah menganiaya saya dan kandungan saya. Saya tidak mampu nak memaafkan mereka di dunia dan akhirat.

Saya sedar saya tidak sempurna tetapi belum pernah saya menyeksa jiwa dan raga insan lain. Bila saya sedih, saya pujuk hati saya dan berkata, “Sabarlah wahai roh dan jasad, ada lagi yang lebih bernasib malang dari kau”.

Akhirnya sedikit demi sedikit, hari demi hari, tahun berganti tahun, saya mampu menghapuskan air mata.

Kepada yang mengalami nasib seperti saya, bangkitlah wahai ibu. Sapu air matamu. Jangan dikenang masa nan lalu yang penuh dengan kedukaan. Carilah kebahagiaan walau seorang diri Allah tetap bersama.

Kini baru saya sedar cinta abadi kekal untuk Dia, Sang Pemilik Cinta. Allahu huu Allah.

Posting asal daripada Ustaz Ebit Lew mendapat reaksi pelbagai dari netizen . Ramai yang berkonsi pengalaman saat mereka diceraikan .Ikuti perkongsian mereka dibawah.

Nur Hasni –ustaz.. sy sudah melaluinya.. sy juga disuruh poligami masa janin baru sebulan anak no 3 dlm perut. hati mana tak remuk. sy minta rayu suami tlgla simpati pd sy. tp apa yg sy dapat terus kecurangan dan pergaduhan. akhirnya 3 bulan suami tak balik dan tak dapat dihubungi.dan dia beri jawapan inginkan anak dara itu.

Sy mohon cerai cara baik dan bawa diri bersama anak2.. ustaz,allah maha adil. sy bahagia hidup dgn anak2 sy skrg dan rezeki kami sentiasa ada. doakan anak2 sy mmbesar dgn bahagia..

Yatie Mohamad –Saya di gantung xbertali masa tgh mengandungkan anak no 5. Jerit perit saya lalui ngan anak2 yg masa kecil waktu tu… Ngan sewa rumah, bil air, api, duit sekolah anak2 semua saya yg tanggung. Masa tu saya berkerja di sebuah kilang, pendapatan pd waktu tu xsemewah sekarang. Bayangkan basic gaji saya waktu tu hanya rm4++. Saya hampir putus asa.

Setiap malam saya nangis. Terkenang anak yg dlm kandungan waktu tu… hampir nk bunuh diri bersama anak2 yg lain… tpi Allah masih sayang kan saya. Saya bangkit dari semua tu, saya tekad. Doa org yg teraniaya ni inshaallah di makbulkan Allah..

Alhamdullillah anak saya lahir, rezeki utk anak2 saya sentiasa ada… bersyukur di keliling insan2 yg byk mmbantu… jgn menghina tu saya buat x tahu. Saya kuatkan semangat demi anak2… lepas saya mohon cerai bekas suami hanya bagi nafkah utk bulan pertama jek… lepas tu senyap mcm tu jek… sampai saya dah xmahu meminta2 lagi sbb saya pasti mmg xakan dpt. Waktu tu saya mohon JKM…

Alhamdullillah permohonan saya lulus… mula la sinar baru utk saya dan anak2. Dari kecik sampai dah remaja anak saya, bekas suami langsung x beri nafkah utk mereka.. xpe, biar Allah saja yg mmberi peringatan pada bekas suami saya nanti… 2014 saya mendirikan rumahtangga lagi. Alhamdullillah Allah berikan yg terbaik buat saya.

Bukan saya saja suami terima anak2 saya pun dia terima seadanya… suami saya sekarang ni seorng yg bertanggungjawab bukan saja utk dunia, akhirat begitu juga… Sesungguhnya perancangan Allah tu yg paling terbaik.

Miftahun Jannatul Nisa –Saya sedang hamil 7 bulan. Suami sy ceraikan saya masa saya hamil 3 bulan. Sejak dia lafazkan cerai xde se sen nafkah ataupun satu panggilan telefon tanyakan kabar saya dan kandungan. Yg sy dengar dia dh berkahwin dg ex gf dia yg dlu.

Doakan sy kuat yer ust.

Titi Yen –Ustaz..sy Dr keluarga yg ibu sy diceraikan atas dasar arwah bapa nak kawen lain..masa ibu sy sedang mengndung adik sy… alhamdullilah dgn kasih syg ibu,didikan ibu..Kami berempat mejdi org yg berjaya…tanpa ayah..tanpa kasih bapa..bapa sibuk dgn keluarga baru

Psl wanita aka ibu tiri tersebut Pula..meninggal dunia Dalam keadaan mengndung kerana stress dgn perangai arwah ayah yg kaki perempuan..

Kisah benar…kifarah Allah tu pasti..tp ibu xpnh ajar berdendam..ckupla Kami Bina hidup Kami..Bina masa depan..igt akhirat… alhamdullilah…segala pahit ibu terbayar dgn kejayaan Kami..Jgn susah hati bila kalian diduga…kerana pasti ada hikmah..

Baznur Intan Baba –Saya dijandakan suami demi janda lain…4 org ank saya….anak2 sy menjadi saksi perbuatan x baik ayah mereka selama sebulan… berkecai hati sy bila anak menceritakan segala2nya…

Anak sy berumur 11,8,7,3 thn… anak2 tidak berdosa menyaksikan perkara tidak sepatutnya…8 bulan sudah berlalu sy meneruskan hidup bersama dgn ank2,alhamdulillah,ramai yg sayang kami…ini semua terjadi kerana allah nk selamatkan sy & ank2…doa kan ank2 sy membesar dgn bahagia,jd ank2 yg soleh & solehah,berjaya dunia akhirat…

Umir Aam –Ustaz..sy pernah melaluinya masa pregnant ank no 3… Bekas suami nk kwin dgn janda ank 2 sbb keciankan janda tu… isteri di ceraikan dibiarkan tanpa nfkah bersama anak2…setiap hari sy nagis fikirkan nasib ank2…sy merayu kepada bekas suami supaya kembali ingit ank2 dan ank yg akan dilahirkan tp dia pilih janda tu dari isteri dan ank2…duit nfkah xpnah PON BG.. sampai sy lahirkan anak no 3 dia xpnah ambk tahu..sy fikir macam mn nk cari duit tuk besarkan ank2… Kut nk mintak duit kat family kita..

Alhamdulillah lepas je lahirkan anak no 3 sy jd kuat xfkir masalah yg berlaku… waktu berpantang sy niaga jual ayam goreng tepi jalan..sy x hairankan Ujan panas waktu berpantang sy fikir nk cari duit tuk besarkan ank2…duit niaga tu la yg sekolahkan ank2 n BG MKN minun… sampai la ank besar x panah BG nfkah…

Alhamdulillah skrg sy dah kwin lain…apa yang berlaku tu smua dugaan yang Allah berikan kepada kita… untuk terus kuat menempuh dugaan yang akan datang ada hikmah apa yang berlaku….

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber : thereporter

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*