“Saya bukan Imam yang baik” – Rashidi Ishak mengaku sudah bercerai dengan Vanidah Imran

Ikatan perkahwinan selama 17 tahun pasangan Rashidi Ishak dan Vanidah Imran berakhir dengan perceraian. Baca lebih lanjut di https://www.mstar.com.my/spotlight/sensasi/2019/03/20/rashidi-ishak/#Gp1eiOTSVdrHWvzF.99

SELEPAS beberapa bulan mendiamkan diri mengenai status sebenar perkahwinannya dengan Vanidah Imran, pelakon Rashidi Ishak akhirnya mengakui mereka sudah bercerai pada 9 Ogos tahun lalu.

Rashidi berkata, dia tidak mempunyai niat untuk merahsiakan mengenai perkara itu daripada pengetahuan umum namun tindakannya itu semata-mata bagi melindungi dan menghormati keluarga kedua-dua belah pihak serta rakan terdekat.

“Pada 9 Ogos 2018, saya dan Vanidah telah memfailkan pembubaran perkahwinan kami.

 

Kenyataan Rashidi di Instagram miliknya.

“Dan secara rasmi di hadapan hakim di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, kami menamatkan perkahwinan selama 17 tahun dengan rasa hormat dan persefahaman,” katanya menerusi Instagram.

Pasangan itu berkahwin pada 1 Oktober 2000 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mikhail Imran, 18 dan Mariyam Rashika, 15.

 

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mariyam Rashika dan Mikhail Imran. 

Sebelum ini, mStar Online pernah mendapatkan reaksi berhubung dakwaan mereka sudah bercerai namun aktres itu enggan memberi komen terhadap khabar angin itu.

Mengulas mengenai perceraian itu, Rashidi mengakui kelemahannya dalam memimpin rumah tangga menjadi penyebab perpisahan itu.

“Pentadbiran yang gagal dalam mana-mana institusi adalah disebabkan oleh kempimpinan yang lemah dan tidak cekap.

 

Rashidi dan Vanidah berkahwin pada 1 Oktober 2000.

“Dalam perkahwinan, kesalahan terhadap keruntuhan pasangan itu adalah terletak pada Imam. Mungkin benar atau tidak, tetapi seorang pemimpin yang hebat akan sentiasa bersinar tidak kira pada masa baik atau buruk.

“Saya tidak, apatah lagi seorang Imam yang baik,” katanya.

Dalam pada itu, Rashidi turut berterima kasih atas sokongan ditunjukkan kepada mereka terutamanya kepada Vanidah.

Artikel Berkaitan: Vanidah Imran enggan layan khabar angin sudah bercerai

PETALING JAYA: Aktres Vanidah Imran enggan memberi sebarang komen berhubung khabar angin mengatakan rumah tangganya dengan Rashidi Ishak sudah berakhir.

Vanidah atau lebih mesra dengan sapaan Vee, 45, berkata, dia tidak mahu memanjangkan gosip itu jika dia memberi sebarang kenyataan mengenainya.

“Kami berdua pilih untuk tidak mengulas mengenainya. Tidak kuasa hendak layan nanti lebih panjang,” katanya ringkas menerusi Whatsapp kepada mStar pada Ahad.

 

Pasangan ini bersama dua anak mereka, Mikhail Imran dan Maryam Rashika pada Aidilfitri lalu.

Ruangan pojok sebuah akhbar mingguan pada Ahad melaporkan Vanidah dan Rashidi sudah tidak lagi bersama dan membawa haluan masing-masing.

Malah pasangan itu turut dilihat ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 9 Ogos lalu.

mStar difahamkan pasangan itu berpisah cara baik dan segala hak penjagaan anak diserahkan kepada Vanidah.

Vanidah dan Rashidi, 45, berkahwin pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mikhail Imran, 17, dan Maryam Rashika, 14

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*